Produk Axona |
Selain Axona, banyak jenis dadah yang sedang dan akan diperkenalkan di pasaran untuk menangani gejala dan penyakit nyanyuk (alzheimer, ada setengah pakar mengatakan alzheimer bukan nyanyuk, tetapi alzheimer penyebab nyanyuk) seperti PBT434 (keluaran Australia), mAb158 (usahasama syarikat Sweden dan Jepun) dan Taxol (USA).
Apa Pengeluar Axona Kata Mengenai Produknya..
VCO (Minyak Kelapa Dara) |
Apa yang menarik tentang Axona adalah penggunaan sumber asid lemak rantai sedang (MCTs) daripada minyak kelapa atau lebih tepat lagi asid lemak yang dihasilkan daripada santan kelapa tua menggunakan kaedah bio-teknologi. Sebagaimana yang anda sedia maklum, penghasilan minyak menggunakan kaedah RBD sudah tentu akan memusnahkan keutuhan asid lemak rantai sedangnya.
Berikut penulis persembahkan semula apa yang huraikan di laman pembekal utama Axona..........
Axona menyediakan sumber tenaga alternatif untuk sel-sel otak
Glukosa adalah sumber utama tenaga untuk otak. penyakit Alzheimer (AD) menunjukkan penurunan kemampuan untuk memetabolisme glukosa dalam otak. Glukosa yang tidak mencukupi menyebabkan kerosakan yang mengakibatkan gangguan memori dan kognisi dan penyusutan otak. Kecacatan atau gangguan metabolik di otak biasanya muncul 10 hingga 20 tahun lebih sebelum menunjukkan gejala-gejala penyakit alzheimer.
Axona diubah oleh hati menjadi tenaga keton (ketone body), yang menyediakan bahan bakar alternatif yang cekap untuk sel-sel otak. Tenaga keton adalah sebatian semula jadi yang dihasilkan terutama oleh organ hati dari asam lemak apabila seseorang berpuasa untuk suatu tempoh yang relatif agak panjang (biasanya selepas 4 hingga 5 hari). Tenaga ketone telah dibuktikan berfungsi melindungi neuron.
Dakwaan Pengeluar Tentang Azona
Axona adalah makanan perubatan yang diformulasikan khusus bertujuan untuk pengurusan proses metabolisme diet klinikal yang berkaitan dengan penyakit alzheimer tahap ringan hingga ke tahap sedang.
Axona merupakan formulasi asam lemak trigliserida kaprilat, iaitu:
- Trigliserida kaprilat boleh diharapkan selamat meningkatkan konsentrasi plasma tenaga keton (terutama BHB), yang dapat menyediakan sumber tenaga alternatif bagi otak pesakit alzheimer (AD).
- Asam lemak trigliserida kaprilat dimetabolisme berbeza dari trigliserida rantai panjang dan secara umum tidak meningkatkan kadar kolesterol darah.
- Uji klinikal telah menunjukkan bahawa Axona meningkatkan fungsi kognitif pada beberapa pesakit alzheimer.
- Axona diberikan secara oral sekali sehari, ia disediakan dalam bentuk serbuk untuk dicampur dengan air sejuk (masak) atau lain-lain jenis minuman.
- Diambil selepas makan, sebaiknya selepas sarapan atau makan tengahari.
- Axona boleh diambil bersama-sama dengan lain-lain ubat penyakit nyanyuk yang diarahkan oleh doktor.
- Kesan sampingan Axona adalah biasanya terhad pada ketidakselesaan saluran pencernaan seperti memulas perut dan lain-lain lagi.
- Pemberian Axona adalah dibawah pengawasan doktor dan dikeluarkan dengan atas arahan doktor.
- Axona hanya boleh bertahan di dalam sistem metabolisme sekitar 4 jam, dan
- Harga pasaran Axona 40g x 30 sachet ialah US110.50 (RM 386.75), tidak termasuk kos penghantaran. Semasa artikel ini disediakan, bekalan axona kini telah berada di Negara Australia, Amerika Syarikat, Barbados, Kanada dan United Kingdom. Secara berbanding dengan MKD, Axona adalah agak mahal, hamper 10 kali ganda daripada harga MKD Biofiesta.
- Jika kita bandingkan dengan MCTs asli daripada minyak kelapa dara, satu sudu makan MKD boleh bertahan selama kira-kira 7 jam, dan dengan mengambil 3 kali sehari sudah cukup untuk ia membekalkan seharian tenaga keton untuk pesakit alzheimer. Harga untuk sebotol MCTs Biofiesta 200ml ialah RM39.90, iaitu hanya kira-kira RM1.80 sehari, berbanding Axona RM12.90 sehari.
- Tambahan lagi, dengan mangambil MKD asli, kita menggunakan kesemua manfaat keunggulan asam lemak rantai sedang dari kumpulan karbon 06 sehingga karbon 18. Banyak lagi rahsia kebaikan barisan kumpulan karbon asam lemak ketegori ini masih belum dibongkar secara klinikal. Asam lemak laurik misalnya berupaya memusnahkan lapisan lipid virus caj negative seperti virus HIV, lain-lain barah dan sebagainya.
- Axona, seperti yang penulis difahamkan hanya menyaring dan seterusnya mengubahsuai komponen genetik asid lemak kaprilat dan mengabaikan komponen asid lemak rantai sedang yang lain yang diketahui umum amat berfaedah untuk kesihatan. Dr Mary Newport sendiri percaya MKD asli tidak kurang hebatnya membantu suaminya keluar daripada masalah / penyakit alzheimer.
- Kenyataanya, sebahagian besar penderita penyakit alzheimer telah mengalami masalah kekangan metabolisme 10 hingga 20 tahun sebelum tanda-tanda (simtom) penyakit nyanyuk dikesan. Kekangan metabolisme biasanya kerana kadar metabolisme yang rendah (haipotairodisme). Masalah ini bukan sahaja boleh mengakibatkan penyakit alzheimer, malah penyakit jantung, diabetes, sindrom ketidakselesaan saluran penghadaman (IBS – irritable vowel syndrome), punca barah dan sebagainya. Kajian-kajian menunjukkan kumpulan ikatan karbon MKD dari kelompok 6 hingga 18 mempunyai peranan masing-masing di dalam menangani penyakit.
- Axona dikategorikan sebagai dadah, mesti dipantau pengambilannya oleh doctor. MKD pula adalah sumber makanan dari khasiat semula jadi, walaupun kita dinasihatkan mendapatkan pandangan doctor sebelum mengambilnya, namun pesakit tidak perlu dipantau semasa mengambilnya.
No comments:
Post a Comment