13 October, 2010

Minyak Kelapa Dara: Dunia Perubatan Lebih Gemar Menyebut MCT

Minyak kelapa dara (MKD) atau "virgin coconut oil" adalah lemak atau minyak yang dihasilkan daripada buah kelapa. Pada awal kewujudannya, lemak ini terjadi secara tidak sengaja apabila santan yang baru diperah terdedah kepada suhu sekitar  25oC hingga 35oC secara berterusan antara 6 jam hingga 48 jam. Dalam keadaan tertentu kelapa parut yang terdedah kepada persekitaran seperti di atas juga boleh menghasilkan MKD. Bagi mereka yang kurang
memerhatikan proses kejadian alam, kehadiran lemak /minyak seperti ini mungkin tidak begitu dihiraukan. Tetapi bak kata orang tua-tua  "hanya jauhari akan kenal maknikam", penemuan datuk nenek kita yang  amat pemerhati ini memberi manfaat kepada kita semua. Kerana keajaiban khasiatnya, MKD menjadi pilihan penduduk dunia khususnya yang tinggal di kawasan tropika dari genarasi ke genarasi hingga ke saat ini.

Dengan kecanggihan ilmu sains serta fitrah sifat manusia yang tidak henti-henti ingin mendalami rahsia alam, kini MKD boleh dikeluarkan secara lebih cekap dan banyak tanpa bergantung kepada faktur cuaca dan persekitaran.


Walaubagaimanapun sehingga kini masih ramai yang tidak mengetahui apa itu MKD dan apa sejarah serta kebaikannya. Ramai yang tertanya-tanya bagaimakakah rupa bentuk "buah kelapa dara" sehingga boleh menghasilkan minyak yang begitu berkhasiat. Nama pun minyak kelapa dara, tentunya dihasilkan daripada buah yang hebat dan sukar ditemui. Pada hal produk kelapa dan bahan-bahan berasaskannya seperti santan, kerisek dan minyak kelapa digunakan setiap hari di rumah untuk memasak.

Jenis-jenis Minyak Kelapa
Di pasaran tempatan, pada umumnya minyak kelapa boleh diperolehi dalam dua jenis, iaitu:-
  1. Minyak Masak (RBD). Sekitar tahun 60an hingga 80an minyak masak yang diperbuat daripada buah kelapa mudah diperolehi dikedai-kedai runcit sekitar rumah kita. Minyak ini diproses menggunakan kaedah RBD (refined, bleaching and deodorized) dimana isi buah kelapa tua dikeringkan sehingga kandungan airnya menjadi sekitar 5%. Isi kelapa kering ini (dipanggil copra) dikisar dan diperah. Perahanan yang menggandungi campuran minyak dan air ini mempunyai bau dan warna yang tidak seragam. Akibat proses pengeringan yang terdedah kepada habuk, kulat dan lain-lain pencemaran, biasanya bau perahan ini tidak begitu menyenangkan. Oleh itu perahan itu harus melalui proses pemanasan dalam suhu tinggi, dibilas dengan bahan kimia tertentu, diwarnakan dan ditambah bauan. Melalui proses ini khasiat buah kelapa boleh dikatanya hampir keseluruhannya telah hilang.
  2. Minyak Kelapa Dara (MKD). MKD dihasilkan melalui proses bio-teknologi. Melalui proses ini, isi kelapa tua yang segar dikisar dan diperah untuk mendapatkan santannya. Santan ini setelah melalui beberapa tahap penapaian, dan akan menghasilkan minyak, dan minyak ini kemudiannya ditapis. Hasilnya dinamakan MKD kerana kaedah pemprosesan tersebut terbukti berupaya mengekalkan khasiat semulajadi santan kelapa tanpa melibatkan penggunaan suhu yang terlalu tinggi dan penggunaan campuran bahan-bahan kimia.. MKD juga disebut "minyak kelapa murni" atau "minyak kelapa perawan"
Minyak masak daripada minyak kelapa sukar didapati di pasaran sekarang kerana kos pengeluaran yang tinggi. Persaingan daripada kelapa sawit, kacang soya, biji kapas, biji matahari, biji kanola, jagung dan kacang tanah menyebabkan kehadirannya di pasaran sebagai minyak masak tidak lagi kompetitif.



Khasiat Minyak Kelapa
MKD mempunyai 1001 macam khasiat. MKD mengandungi beberapa komponen asid lemak yang dikenal pasti melalui ikatan karbon. Ikatan karbon dari 6 hingga 18 membuatkan MKD cukup berkhasiat sebagai makanan "berfungsi" (functional food) dan membantu tubuh menghapuskan berbagai-bagai jenis bakteria, kulat, parasait dan viris berbahaya. Dua komponan utama MKD iaitu asid lemak laurik dan asid lemak kaprilat dibuktikan melalui banyak ujian makmal erupaya membunuh virus penyebab HIV termasuk virus "herpes simplex" jenis I dan II. Tubuh akan menukar kedua-dua asid lemak ini kepada "monolaurin", didapati boleh memusnahkan kelongsong lemak pembalut virus dan menyebabkan virus-virus berkenaan mati.

Nutiva Organic Extra Virgin Coconut Oil, 15-Ounce Tubs (Pack of 2)Nutiva Organic Extra Virgin Coconut Oil, 54-Ounce Jar100% Organic Extra Virgin Coconut Oil 16 fl.oz 

MKD dibuktikan banyak membantu penderita daibetes, penyakit jantung, penyakit alzheimer, penyakit parkinson, penderita "hypothyroidism", penderita penyakit barah, penderita penyakit auto-immune, penderita masalah kegemukan dan banyak lagi penyakit kembali hidup normal.


MCT dan MKD
Paparan di berbagai media mendapati penggunaan istilah MCT (medium-chain triglyceride atau asid lemak rantai sedang) dan MKD saling mengganti. Masyarakat perubatan serta pihak pengeluar-pengeluar supplimen kesihatan sering menyebut MKD sebagai MCT. Ini kerana MKD mengandungi komponen asid lemak rantai sedang antara 94% hingga 97% (bergantung kepada baka tumbuhan dan kaedah penanaman), paling tinggi berbanding dengan lain-lain sumber tumbuhan semulajadi. Contohnya accerapharma pengedar (pengeluar?) dadah "axona" langsung tidak menyebut MKD sebagai sumber ramuan (extracted from), tetapi hanya menyebut MCT.  Dengan menyebut MCT orang kebanyakan tidak akan sedar bahawa itu adalah MKD. Ada pula menganggap memanggil MKD agak ketinggalan zaman.

EFAGold Coconut Oil, Extra Virgin, Organic, 16 oz.Barlean's Organic Oils Extra Virgin Coconut Oil, 16-Ounce JarNutiva Organic Extra Virgin Coconut Oil, 15-Ounce Tubs (Pack of 2)

No comments:

Post a Comment

Instant Dedicated Server
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.