Supermodel Victoria Secret, Miranda Kerr (gambar sebelah) mendedahkan rahsia kecantikan beliau yang paling berharga adalah minyak kelapa. Bulan Jun, 2011 yang lalu Miranda Kerr (dipetik daripada akhbar Australia Cosmopolitan) berkata bahawa minyak kelapa adalah kunci kepada kulit yang cerah, rambut kilat bersinar dan bentuk badan yang ramping. Beliau menjelaskan lagi, beliau kerap mengambil minyak kelapa (minyak kelapa dara) sebanyak 4 sudu sehari, sama ada diminum bersama secawan teh hijau, sebagai campuran di salad, atau sebagai resepi dalam masakan bagi menggantikan minyak masak yang kurang sihat.
"Saya telah minum sejak saya berusia 14 dan ia adalah satu perkara yang saya tidak boleh hidup tanpanya," kata Miranda Kerr yang baru sahaja menjadi ibu. "Saya akan membawanya kemana saya pergi.”
Pendedahan Miranda Kerr telah menyebabkan jualan minyak kelapa, khususnya minyak kelapa dara (MKD) melonjak dengan ketara di pasaran tempatan di Australia, lapor beberapa akbar di sana. Ada pihak sengaja membesar-besarkan (sinis) seolah-olah MKD tanpa lain-lain khasiat makanan dan senaman boleh membuatkan tubuh seseorang menjadi ramping. MKD adalah suplemen dan bukannya makanan harian, dan memadai ia hanya dimasukkan sebagai tambahan kepada diet harian, tanpa mengabaikan lain-lain makanan berkhasiat.
Pendedahan Miranda Kerr ini mendapat berbagai-bagai reaksi daripada banyak pihak terutamnya pakar-pakar pemakanan di Amerika Syarikat. Salah satu reaksi ialah amaran oleh Keith Ayoob (gambar sebelah), Pengarah Klinik Pemakanan di Pusat Penilaian dan Pemulihan Kanak-Kanak, Kolej Perubatan Albert Einstein. Beliau menyangkal dakwaan kononnya mengambil minyak kelapa sahaja boleh menjadikan tubuh seseorang itu seperti supermodel. “Saya tidak boleh mengesyorkan orang ramai memakan banyak minyak kelapa, anda patut menggunakannya dengan berhati-hati.”
"Pengambilan lemak tepu menyumbang kepada kolesterol LDL, dan telah banyak didokumenkan oleh ramai penyelidik," kata Dr. Robert Eckel, Pengarah Pusat Penyelidikan Klinikal Umum, University Sains Colorado, Denver.
Sejarah telah memberitahu kita bahawa kempen memburuk-burukkan kehadiran minyak dari tropika telah ujud sejak tahun 1950an lagi kerana ia mengancam pasaran minyak soya Amerika. Penulis tidak merasa hairan dengan kenyataan kedua-dua tokoh pemakanan di atas kerana mengeluarkan kenyataan yeng tidak kurang sama dengan tokoh-tokoh sebelumnya. Mereka ini seolah-oleh ingin menjaga kepentingan pihak-pihak tertentu dan membutakan mata walaupun kajian-kajian sejak empat dekat lalu membuktikan minyak kelapa tidak menyumbang kepada masalah kesihatan jantung, malahan banyak kajian-kajian yang telah didokumenkan membuktikan sebaliknya, iaitu minyak kelapa menyumbang kepada kesihatan jantung yang lebih baik.
Kaunitz dan Dayrit (1992) telah mengkaji beberapa data epidemiologi dan eksperimen mengenai kumpulan dimana diet mereka menggunakan minyak kelapa dan menyatakan bahawa "subjek kajian menunjukkan bahawa pengguna minyak kelapa tidak membawa kepada peningkatan serum kolesterol yang tinggi, maupun menyebabkan kematian akibat penyakit jantung koronari atau morbiditi." Rumusan-rumusan kajian masa lalu khususnya yang dilakukan oleh Mendis et al, 1989 melaporkan perubahan lipid yang tidak diingini apabila lelaki remaja Sri Lanka menukar diet biasa (minyak kelapa) kepada minyak jagung.
Walaupun jumlah serum kolesterol menurun sebanyak 18.7%, iaitu179.6mg/dl kepada 146.0 mg/dl dan kolesterol LDL menurun sebanyak 23.8%, iaitu 131.6-100.3 mg/dl, kolesterol HDL juga sama-sama menurun, iaitu sebanyak 41.4%, 43.4 kepada 25.4 mg/dl. Ini meletakkan nilai HDL menurun melepasi paras yang tidak boleh diterima, iaitu 35 mg/dl) dan nisbah LDL / HDL meningkat 30%, dari 3.0 kepada 3.9. Dua perubahan yang tersebut dianggap sangat tidak diingini. Mendis dan Kumarasunderam (1990) juga membanding kesan minyak kelapa dan minyak kacang soya pada “normolipidemic” lelaki muda, dan sekali lagi minyak kelapa mengakibatkan peningkatan dalam kolesterol HDL, manakala minyak kacang soya mengurangkan lipoprotein yang penting ini. Seperti yang dinyatakan di atas, Kurup dan Rajmohan (1995), yang mengkaji subjek yang memakan minyak kelapa sahaja kepada diet lemak yang sebelum ini bercampur-campur, telah melaporkan tiada perbezaan yang ketara pada garis dasar.
Walaupun jumlah serum kolesterol menurun sebanyak 18.7%, iaitu179.6mg/dl kepada 146.0 mg/dl dan kolesterol LDL menurun sebanyak 23.8%, iaitu 131.6-100.3 mg/dl, kolesterol HDL juga sama-sama menurun, iaitu sebanyak 41.4%, 43.4 kepada 25.4 mg/dl. Ini meletakkan nilai HDL menurun melepasi paras yang tidak boleh diterima, iaitu 35 mg/dl) dan nisbah LDL / HDL meningkat 30%, dari 3.0 kepada 3.9. Dua perubahan yang tersebut dianggap sangat tidak diingini. Mendis dan Kumarasunderam (1990) juga membanding kesan minyak kelapa dan minyak kacang soya pada “normolipidemic” lelaki muda, dan sekali lagi minyak kelapa mengakibatkan peningkatan dalam kolesterol HDL, manakala minyak kacang soya mengurangkan lipoprotein yang penting ini. Seperti yang dinyatakan di atas, Kurup dan Rajmohan (1995), yang mengkaji subjek yang memakan minyak kelapa sahaja kepada diet lemak yang sebelum ini bercampur-campur, telah melaporkan tiada perbezaan yang ketara pada garis dasar.
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa orang-orang yang mendapat jumlah lemak yang mencukupi dalam diet mereka secara amnya makan kurang daripada orang-orang yang cuba untuk mengurangkan pengambilan lemak. Kurang anda makan kurang kalori yang anda makan. Mendapat jumlah lemak yang mencukupi dalam diet adalah penting untuk menurunkan berat badan yang efektif dan kekal. Apabila seseorang itu lapar semula tidak lama selepas makan, mereka seterusnya akan cenderung untuk makan lebih banyak. Salah satu sebab mengapa lemak yang diperlukan untuk penurunan berat badan yang berjaya adalah bahawa ia memuaskan kelaparan, sekali gus mengurangkan selera makan dan mengurangkan jumlah pengambilan makanan. Lemak melambatkan pengosongan perut supaya anda berasa kenyang lebih lama. Apabila anda kurang lapar pada siang hari, anda akan mengurangkan makanan ringan dan makan kurang pada waktu makan. Hasilnya, anda mengambil kurang kalori. Walaupun lemak mengandungi lebih banyak kalori berbanding protein atau karbohidrat, kesannya terhadap membendung selera makan lebih tinggi daripada perbezaan kalori tambahan yang ia miliki.
Walaupun bunyinya Miranda Kerr agak terkilan dengan kritikan sinis pakar-pakar pemakanan di atas, bukti kajian menyokong apa yang didakwanya, iaitu mengambil minyak kelapa membantu mengwujudkan bentuk tubuh lebih ramping.
Minyak kelapa (MKD) apabila disapu pada kulit akan membuat tekstur kulit lebih bermaya, kerana sifat bahan berasaskan lemak berbanding dengan produk-produk persolekan masa kini yang lebih berasaskan air (water base). Tambahan lagi kesan itu akan lebih menyerlah apabila bahan itu dijadikan sebagai diet (makanan) harian. Kecerahan kulit akan lebih sekata, mengurangkan garis-garis halus dan kedutan tanda penuaan. Produk-produk persolekan berasaskan air lebih cepat mengering, berbanding dengan produk-produk persolekan berasaskan lemak. Oleh itu jika Miranda Kerr mendakwa tekstur kulitnya lebih cerah dan rambutnya lebih bersinar akibat pengambilan / penggunaan minyak kelapa, dakwaannya itu memang masuk akal.
Pautan:
- Miranda Kerr and coconut oil
- Miranda Kerr’s beauty secret? It’s coconut oil
- Miranda Kerr makes sales of coconut oil skyrocket...
- Victoria’s Secret supermodel Miranda Kerr’s coconut oil beauty...
No comments:
Post a Comment