26 October, 2010

Minyak Kelapa Dara Pilihan Newport

Penulis pernah memaparkan dengan panjang lebar pengalaman Dr Mary Newport berhadapan situasi genting kerana suaminya yang menderita penyakit alzheimer lebih dari 6 tahun. Kerana kecekalannya yang tidak mengenal erti kalah, akhirnya Dr Mary Newport berjaya menemukan penawar untuk sang
suaminya, Steve Newport, seorang akauntan.

Gejala awal alzheimer sang suami adalah seperti tangan menggigil, mudah lupa tugasan mudah, sukar mengingati ahli keluarga, malah mulai tidak dapat melakukan kerja atau tugasan rutin yang sebelumnya dilakukan tanpa menghadapi sebarang masalah. Gejala tambah meruncing apabila sang suami mulai gagal mengingati hari, tarikh, waktu, temujanji, dan tidak lagi berupaya menaip atau melakukan kerja menggunakan komputer peribadinya. Pencarian Dr Newport terjawab apabila membuat carian di internet mengenai info syarikat yang akan mengadakan ujian percubaan dadah terbaru untuk penyakit alzheimer, iaitu pengeluar 'Axona'.

Pendedahan kejayaan Dr Mary Newport boleh anda baca di pautan ini. Sila muat turun penulisan dalam format pdf ini dan sebarkanlah...

Seorang pengunjung laman web Dr Newport bertanya samada beliau lebih suka memilih menggunakan axona atau lain-lain ubatan untuk menyembuhkan penyakit alzheimer (AD). Dengan tegas Dr Newport menjelaskan beliau memilih untuk tidak menggunakan axona kerana harganya terlalu mahal. Bayangkan lebih US100 (RM386.00) satu kotak (30 bungkus) iaitu untuk pengunaan sebulan, iaitu 1 sebungkus (sachet) sehari. Sedangkan minyak kelapa dara kemasan 200 ml hanya berharga sekitar USD10 sahaja (RM33.00).

Beliau menghuraikan lagi mengenai rungutan beberapa pengguna axona iaitu kesan daripada diet tunggal (satu sacet) sehari adalah tidak mencukupi. Kehadiran axona di dalam sistem peredaran darah hanya boleh bertahan buat beberapa jam (3 jam?), dan beliau terus bertukar kepada diet minyak kelapa selepas itu. Mereka terus menggunakan minyak kelapa dara (MKD) kerana kadar bertahan setiap dos di dalam sistem peredaran darah adalah lebih lama (sekurang-kurangnya 6-7 jam).


Dr Mary Newport menjelaskan lagi ….

Saya fikir bahawa dengan mencampur kedua-duanya (mengguna Axona dan MKD) akan mendapatkan manfaat yang lebih tinggi berbanding hanya dengan menggunakan diet Axona. Axona seperti diterangkan di dalam laman sesawangnya hanyalah ekstrak asam lemak kaprilik (caprilic acid) daripada MKD. Saya telah membaca bahawa orang yang membuat Axona mengatakan mereka hanya mengesyorkan satu dos sehari kerana mereka mendapati dos itu memadai berdasarkan kepada ujian dadah percubaan yang telah mereka lakukan sebelum itu…

Kami menggunakan lemak MCT (axona) kerana tahap keton Steve lebih tinggi berbanding dengan lemak MCT dari minyak kelapa, tetapi lemak axona ini hilang dua kali lebih cepat (dengan tiga jam). Juga, ada beberapa sifat minyak kelapa yang mungkin bermanfaat, seperti, anti-virus, anti-bakteria, dan anti kulat. Asid atau asam kaprat dan laurik, 2 dari trigliserida rantai sedang yang tidak ditemui dalam Axona.

Beberapa kajian oleh Dr Ruth Itzhaki dan lain-lain menunjukkan bahawa, pada orang tertentu, herpes simpleks jenis I virus yang menyebabkan demam lepuh / cold sores hadir dalam plak di otak penderita penyakit Alzheimer. Kedua-dua asid lemak berupaya membunuh jenis virus tersebut.

Steve mempunyai sejarah sering demam melepuh, yang cukup parah pada mulut dan sejak kami mula menggunakan minyak kelapa hanya mempunyai dua lepuh yang sangat kecil dalam satu tahun terakhir. Virus tinggal di saraf dan saraf di mulut menjalar jauh di dalam otak, berhampiran kawasan yang terkena kesan Alzheimer. Nampaknya logik untuk saya perkatakan bahawa jika wabak boleh berlaku pada bibir, ia boleh juga terjadi di otak atau tempat-tempat lain di sepanjang pusat saraf.

Minyak kelapa juga dapat membantu seseorang menyerap vitamin tertentu dan nutrisi lain dengan lebih baik melalui usus. Beberapa komponen minyak kelapa menyokong pertumbuhan bakteria normal yang seharusnya berada dalam usus.


Kesimpulan

Sebagai rumusan daripada pendedahan Dr Mary Newport penulis membuat kesimpulan:-
  • Harga sebatian dadah axona yang dicerakin daripada minyak kelapa dara (MKD) terlalu mahal. Terlalu berat untuk dibeli oleh orang kebanyakan, khususnya golongan berusia. Rata-rata pada usia sebegini golongan ini kurang produktif. Diet MKD lebih murah dan selamat.
  • Axona tidak digalakkan diminum lebih daripada satu sacet sehari. Sebatian axona dikesan terlalu cepat lenyap semasa berada di dalam sistem peredaran darah (3 hingga 4 jam sahaja). MKD pula boleh bertahan lebih lama, hampir satu kali ganda, iaitu 6 hingga 7 jam sekali pengambilan. Dengan mengambil MKD sebanyak 3 kali sehari, iaitu pagi, tengahari dan malam, bekalan MKD memberi manfaat hampir sehari penuh kepada penderita penyakit alzheimer.
  • Semasa proses pencerakinan MKD, hanya asid kaprilat sahaja yang di pilih, sementara asid-asid trigliserida rantai sedang yang lain di abaikan. Kajian menunjukkan asid-asid lain seperti asid laurik, asid kaprat, asid miristat juga mempunyai banyak kebaikan khususnya dalam membunuh virus terutamanya virus yang menyebabkan kerosakan pada sel-sel otak seperti virus herpes jenis I dan II.
  • MKD mempunyai terlalu banyak kebaikan. Sebilangan besar penderita penyakit alzheimer adalah terdiri daripada golongan lanjut usia (tua). Golongan seperti ini bukan sahaja menderitai penyakit alzheimer, malah mungkin semua penyakit yang biasa yang kerap dideritai oleh golongan lanjut usia. Penyakit hipotairodisme, penyakit diabetes, penyakit jantung, penyakit barah, penyakit sendi, gagal ginjal dan banyak lagi adalah penyakit-penyakit yang sinonim dengan golongan sebegini. Membekalkan MKD sepanjang hari sudah tentu akan memberi kebaikan kepada mereka, khususnya dalam membekalkan tenaga bermutu tinggi kepada sel-sel badan.

No comments:

Post a Comment

Instant Dedicated Server
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.