17 December, 2011

MKD Membantu Pat Summitt Mengatasi Masalah Hilang Ingatan


Pat Summitt berjuang selama beberapa bulan dan amat bingung bagaimana cara untuk memberitahu pemain bola keranjang wanita di Tennessee, pelatih-pelatih dan peminat-peminat bahawa beliau menghadapi masalah hilang ingatan (dementia).

Pada 21 Ogos, 2011 jurulatih bolakeranjang wanita yang berusia 59 tahun mengejutkan dunia sukan dengan mengumumkan bahawa dia telah didiagnosis menghidap penyakit demensia peringkat awal, iaitu sejenis Alzheimer. 

Pat Summitt adalah jurulatih bolakeranjang sukarela pasukan Tennessee yang pernah memecahkan rekod kemenangan pasukannya yang ke 1000 kali baru-baru. Kejurulatihannya amat terserlah malah mengatasi kecemerlangan seluruh jurulatih bolakeranjang Amerika, termasuk jurulatih-jurulatih lelaki.

"Saya merancang untuk terus menjadi jurulatih anda," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh universiti. "Jelas sekali, saya sedar saya mungkin mempunyai beberapa batasan dengan keadaan ini kerana ada beberapa hari yang baik dan beberapa hari yang buruk."


Pat Summitt mengendalikan perbincangan mengenai diagnosis demensia beliau dengan cara yang sama dia menguruskan pasukan bola keranjang Tennessee dan hidupnya: dengan kawalan dan ketegasan. Jurulatih terkemuka ini merencanakan bagaimana berita tentang keadaan dirinya yang disiarkan pada bulan Ogos 2011 dan menekankan bahawa dia mahu tumpuan diberikan kepada program Sukarelawan Bola Keranjang Wanita Tennessee dan tidak dia.

"Itulah sebabnya apabila saya berjaya keluar dari permasalahan dementia dan Alzheimer," kata Summitt. "Saya tahu saya telah melakukannya, dan saya gembira mengenainya. Saya telah mendapat satu pelan permainan yang baik. Saya berasa selesa mengenainya, dan saya fikir ia akan memberi lebih suntikan motivasi kepada pasukan wanita ini. " 

Pengarah olahraga Tennessee, Joan Cronan berkata Summitt mula menunjukkan masalah ingatan akibat kesan sampingan daripada ubat yang diambil untuk merawat ‘artritis reumatoid’. Pat Summit mula-mula menemui doktor-doktor tempatan, dan mereka mencadangkan agar beliau menjalani penilaian lanjutan. Pada bulan Mei, dia pergi ke Klinik Mayo di Rochester, Minn., di mana doktor telah menjalankan uji cecair tulang belakang dan ujian-ujian lain yang akhirnya menghasilkan diagnosis.

Semuanya ini telah merubah rutin harian Pat Summitt. Semasa minum kopi pagi, dia akan bermain permainan mencerdas minda menggunakan iPad atau melakukan permainan kemahiran matematik untuk membantu memastikan pemikirannya sentiasa fokus. Beliau mencampur minyak kelapa ke dalam minuman protein hariannya. Anaknya Tyler Summitt menulis senarai tugasan untuk memastikan beliau melaksanakannya, dan Pat Summitt kadang-kadang akan mengambil beberapa tambahan di luar dosej harian yang telah ditentukan, dan inilah dakwa beliau sebagai kunci kejayaan beliau keluar dari igauan kehilangan ingatan (dementia).

Pautan: 
  1. Tennessee coach Pat Summitt uses coconut oil in fight against dementia
  2. Pat Summitt Facing Dementia But Focusing On Tennessee Women's   Basketball
  3. Tennessee coach Pat Summitt keeps focus on basketball while managing life with dementia 
  4. Pat Summitt focuses on hoops while managing dementia

No comments:

Post a Comment

Instant Dedicated Server
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.