Nama Dr. Karach dari Rusia ini secara tiba-tiba menjadi terkenal selepas membentangkan satu kertas kerja yang membicarakan tentang kaedah merawat penyakit-penyakit kronik dan berbahaya menggunakan minyak (minyak makan). Beliau membentangkan hasil penemuan dari pengalaman kerja dan
penyelidikan perubatan di Persidangan Kesatuan Ongkologi Seluruh Ukrain, USSR. Hadir di dalam persidangan tersebut ialah ilmuan-ilmuan onkologi (pakar penyakit Tumor) dan ilmuan-ilmuan (pakar) bakteria. Persatuan tersebut merupakan salah satu cabang daripada Akademi Sains UDSSR. Beliau berbicara tentang kaedah penyembuhan yang terlalu mudah, tidak mendatangkan kesakitan, tiada kesan sampingan, kos rendah dan boleh dilakukan sendiri oleh pesakit secara selesa di rumah. Beliau menggunakan minyak bijan organik.
penyelidikan perubatan di Persidangan Kesatuan Ongkologi Seluruh Ukrain, USSR. Hadir di dalam persidangan tersebut ialah ilmuan-ilmuan onkologi (pakar penyakit Tumor) dan ilmuan-ilmuan (pakar) bakteria. Persatuan tersebut merupakan salah satu cabang daripada Akademi Sains UDSSR. Beliau berbicara tentang kaedah penyembuhan yang terlalu mudah, tidak mendatangkan kesakitan, tiada kesan sampingan, kos rendah dan boleh dilakukan sendiri oleh pesakit secara selesa di rumah. Beliau menggunakan minyak bijan organik.
Apa yang lebih mengejutkan, kaedah rawatan ini sama sekali tidak berbahaya; kaedah rawatan biologi ini berupaya mencapai keputusan penyembuhan yang menakjubkan. Kebanyakan penyakit boleh disembuhkan sepenuhnya dengan metode mudah ini tanpa perlu melalui sesi pembedahan dan menggunakan berbagai jenis dadah yang boleh mendatangkan banyak kesan sampingan yang memudaratkan tubuh.
Sila tonton video di bawah ini:
Yang menariknya, kaedah rawatan ini terlalu mudah dan ringkas; iaitu hanya mengemam minyak, dengan mengerak-gerakkannya secara perlahan di dalam mulut. Proses penyembuhan selanjutnya akan dilakukan sendiri oleh tubuh melalui mekanisme penyembuhan sendiri (body self healing) secara semula jadi.
Kaedah rawatan cara ini berkemungkinan boleh menyembuhkan sel-sel, tisu-tisu serta semua organ-organ tubuh secara serentak daripada kemusnahan yang boleh berlaku akibat kehadiran kuman-kuman atau bahan toksik yang berada di dalam mulut. Tanpa gangguan kuman-kuman ini (termasuk radikal bebas bertoksik) kemudaratan tubuh dapat dihentikan dan tubuh pada keseluruhannya akan menjadi lebih sihat.
Kehadiran kuman serta toksik di dalam mulut boleh menyebabkan ketidak-seimbangan, meningkatkan gejala penyakit dan seterusnya mempangaruhi jangka hayat organisma (manusia). Ini menyebabkan manusia hanya mampu hidup separuh sahaja daripada jangka waktu yang sepatutnya. Dr. Karach menganggarkan hayat manusia boleh mencapai ke angka 140 hingga 150 tahun jika ia kekal sihat dan mempunyai keseimbangan tubuh daripada serangan penyakit.
Terapi Minyak menyembuhkan sepenuhnya gejala-gejala seperti sakit kepala, radang tenggorok, sakit gigi, pembekuan darah dalam ateri, sakit kulit (eksima), berbagai jenis barah, penyakit usus, penyakit jantung, penyakit /masalah buah pinggang, kegagalan fungsi otak dan penyakit kelamin. Rawatan ini juga mampu menyekat dan mengubati ketumbuhan otak yang sedang menyemarak (malignant tumors). Penyakit darah kronik, lumpuh, penyakit saraf, penyakit dalam perut termasuk IBS, radang paru-paru dan sendi mampu disembuhkan sepenuhnya. Menurut pengalaman Dr. Karach merawat pesakit sendi, rawatan minyak mampu menyembuhkan penyakit itu dalam tempoh 3 hari, dan membuatkan pesakit mampu tidur lena selepas itu.
Oleh kerana itu, Dr. Karach menekankan, bahawa Rawatan Minyak (RM) mungkin boleh menyembuhkan banyak penyakit, dan dalam masa yang sama memulihkan kemudaratan yang disebabkan oleh sebatian kimia ubat-ubatan yang bertoksik.
Dr. Karach mengatakan, kaedah rawatannya mampu menyembuhkan tubuh organisma secara keseluruhan, dan di dalam masa yang sama mencegahnya. Hal ini penting terutama dalam kes-kes ketumbuhan dan serangan jantung. Kata Dr. Karach: "Dengan Terapi Minyak, penyakit darah kronik yang saya deritai selama 15 tahun telah sembuh. Penyakit sendi akut yang saya alami yang menyebabkan saya terlantar beberapa ketika di perbaringan sembuh dalam 3 hari sahaja”.
Proses penyembuhan:
Sediakan minyak bijan atau MKD (atau minyak zaitun). Di Malaysia minyak bijan tidak berapa digemari kerana rasa dan baunya serta sukar diperolehi dalam bentuk organik tanpa RBD (proses penapisan). Sebaliknya, di Rusia, minyak bijan mudah didapati kerana tumbuhan tersebut amat sesuai dengan cuaca tempatan di sana. Di Malaysia minyak yang paling sesuai untuk tujuan rawatan ialah Minyak Kelapa Dara /MKD (Virgin coconut oil).
Keputusan daripada proses penyembuhan ini boleh mengundang kehairanan dan keraguan, tetapi dengan melakukan percubaan ‘Terapi Minyak (TM)’ setiap orang boleh melihat hasilnya di tubuhnya sendiri dan meyakinkan diri kita bahawa pendekatan rawatan ini berbaloi dan boleh diguna-pakai.Di pagi hari sebelum sarapan ambil satu sudu makan minyak di atas, tuang ke dalam mulut - tetapi jangan menelannya. Dengan gerakan lembut dan perlahan-lahan, cuci dan gerak-gerakkan minyak di dalam mulut, melalui celah-celah gigi dan gusi, bawah lidah, lelangit, bibir dalam dan pangkal lidah dengan mulut tertutup selama antara 15 hingga 20 minit.
Anda seolah-olah mengunyah, menggerak-gerakkan dagu akan menyebabkan banyak air liur ditarik naik ke dalam mulut (mulut ialah tempat bermulanya makanan diproses – proses pencernaan). Yang pastinya, racun /toksik yang selama ini beredar di dalam saluran darah akan ditarik keluar melalui selaput lendir dari mulut (mucous membrane). Itulah sebabnya, dalam kes ini minyak tidak harus ditelan kerana ia telah menjadi toksik. Maklumlah minyak yang kental, tetapi lama kelamaan menjadi cair tipis dan memutih seperti kain kapas. Kemudian minyak bercampur air liur diludahkan. (Jika minyak masih kental dan tidak berubah warna bermakna proses mengemam masih belum cukup sempurna meskipun telah melepasi tempoh 20 minit).
Setelah meludah minyak, mulut harus dicuci dengan air bersih beberapa kali dan gigi harus dibersihkan dengan memberus; juga sink tempat meludahkan minyak juga harus dibersihkan kerana buangan minyak mengandungi sejumlah besar bakteria dan bahan toksik berbahaya.
Jika dilihat setitis cecair ini melalui mikroskop (pembesaran 600x), kita akan melihat semua jenis serat bergerak - iaitu mikrob dalam tahap pertama pertumbuhan mereka. Rawatan Terapi Minyak menarik keluar elemen berbahaya daripada sistem tubuh dan memberi ruang kepada tubuh melaksanakan mekanisma semula jadinya memulihkan sel-sel, tisu-tisu dan seterusnya organ-organ.
Selama kita melakukan rawatan Terapi Minyak (TM), metabolisme tubuh akan meningkat dengan ketara dan kesihatan tubuh akan terus-menerus berada di dalam tahap yang baik.
Salah satu kesan ketara selepas rawatan ini ialah keadaan gigi yang terasa lebih kukuh, pendarahan gusi, jika ada, akan berangsur-angsur kurang, gusi akan nampak lebih kemerah-merahan dan gigi lebih putih.
Waktu Yang Sesuai Melakukan Terapi Minyak
Waktu terbaik untuk melakukan rawatan Terapi Minyak adalah di pagi hari sebelum sarapan. Untuk meningkatkan proses penyembuhan, anda boleh mengulangi rawatan TM tiga kali sehari, tetapi mestilah sebelum makan dan dengan perut kosong (sekurang-kurangnya 4 jam). Jadual program rawatan seperti ini tidak akan mengganggu proses pencernaan tubuh dan proses penyembuhan boleh berlaku lebih cepat dan lebih intensif.
Berapa Lamakah Tempoh Rawatan Mengemam Minyak?
Berapa lama? Dr. Karach menyarankan supaya meneruskan rawatan TM sehingga kita menemui semula kekuatan yang asal, “Lakukanlah sehingga anda menemui semula kekuatan yang asal, badan merasa segar dan keadaan tidur kembali nyenyak”. Apabila bangun pagi kita akan merasa segar dan lingkaran hitam di bawah mata akan hilang sepenuhnya. Selera makan akan meningkat, tidur lebih lena dan kecerdasan mental akan datang kembali.
“Jangan berhenti bila keadaan semakin memburuk (penyakit menjadi tambah tenat)”, kata Dr. Karach. Tidak ada alasan untuk menghentikan rawatan bahkan ketika suhu tubuh menjadi lebih tinggi (suhu itu di sebut suhu penyembuhan). Malahan ketika tanda-tanda ini ujud, ia perlu diteruskan tanpa gangguan. Penyembuhan sedang berlaku sepanjang rawatan TM. Menurut Dr. Karach lagi, ‘keadaan kesihatan yang semakin memburuk adalah tanda-tanda proses penyembuhan sedang berlaku.”
Berapa Kali Kekerapan Kesihatan Boleh Memburuk?
“Itu hanya pesakit sendiri yang dapat menjawabnya”, tekan Dr. Karach. “Penyakit akut biasanya memerlukan masa yang singkat untuk sembuh. Penyakit kronik pula memerlukan masa yang lebih lama, mungkin sampai 1 tahun, jadi jangan berputus asa”.
Mulakan Program Rawatan TM Sekarang…
Jika Rawatan TM mudah dan ringkas, mengapa tidak anda mencubanya sendiri. Melakukan rawatan TM tidak perlu anda tunggu apabila keadaan kesihatan meruncing. Bermulalah sekarang sementara tubuh masih sihat dan usia masih segar (khususnya golongan muda).
Buat permulaan anda boleh menggunakan sebarang minyak, penulis cadangkan menggunakan minyak yang diproses secara bio-teknologi, tidak menggunakan kaedah RBD (refined, deodorized and bleached). Minyak RBD seperti minyak sawit, minyak kacang soya, minyak jagung, minyak bunga matahari, minyak canola, minyak bijan dan lain-lainnya yang terdapat di pasaran mudah rasa melekit dan meloya sebaik sahaja dimasukkan ke dalam mulut.
Di Malaysia minyak yang paling sesuai ialah Minyak Kelapa Dara (MKD). MKD yang bermutu tinggi amat lembut apabila diletakkan ke dalam mulut, rasanya enak dan tidak meloyakan. Tambahan lagi MKD merupakan minyak yang diproses menggunakan kaedah penapaian (fermentasi) dan tidak melibatkan penggunaan haba berkepanasan ekstrim semasa memprosesnya. Khasiat kebaikan unggulnya terpeliahara kerana Asid Lemak Rantai Sedang (MCFAs) mudah musnah bila berada di dalam kepanasan suhu melampau. Khasiat MKD telah di ketahui umum sebagai minyak yang paling menyihatkan di dunia. Kajian menunjukkan MKD mempunyai ciri-ciri “broad-spectrum gemicide”, baik untuk kegunaan luaran atau diminum. Banyak testimonial boleh kita baca secara online mengenai kebaikan MKD.
MKD boleh didapati dalam berbagai jenama, seperti Nufera, Bio-Asli, Bio-Fiesta, Health Builder VCO, Bio-Vco dan lain-lain lagi. Ianya boleh didapati dalam bentuk kemasan botol atau gel lembut. Harga MKD berjenama biasanya sekitar RM25.00 hingga RM60.00 bagi botol berukuran 120ml. MKD juga boleh dibeli dari pengeluar-pengeluar persendirian atau persatuan pekebun-pekebun kecil daerah-daerah yang banyak mengeluarkan kelapa seperti Daerah Sabak Bernam, Tanjung Karang, Sungai Besar, Bagan Datuk dan lain-lain lagi. Tapi awas, tidak semua MKD yang ada di pasaran bermutu tinggi. Kepakaran serta pengetahuan mengenai kaedah memproses MKD secara bio-teknologi membezakan mutunya. Ada sesetengah pengusaha yang mengabaikan isu-isu pengekalan khasiat semulajadi semata-mata ingin mengeluarkan produk yang boleh disimpan lebih tahan lama. Akibatnya khasiat semula jadi hilang semasa cuba membuang saki baki air menggunakan kaedah pemanasan selepas proses fermentasi, sebelum produk dibotolkan.
Menginginkan Hidup Lebih Sihat Serta Umur Lebih Panjang?
Jika anda ingin kekal sihat dan menginginkan umur yang lebih panjang, mulakanlah rawatan TM. Anda boleh kongsikan pengalaman menjalani rawatan tersebut untuk faedah bersama di ruang ini.
Salam.
Nota:
- Artikel mengenai Rawatan Minyak pernah diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Teletherapy Dunia (World Teletherapy Association, keluaran APR - Jun 1992), Calcutta.
- Artikel yang sama juga pernah diterbitkan dalam sebuah majalah Jerman, "Fortschritt fur alle” Nr. 46, Erika Herbst, Schlossweg 2, 8501, Feucht Bavaria, Germany.
Salam
ReplyDeleteSaya ingin mengucapkan syabas kerana memberi infomasi yang terperinci berkenaan "Virgin Coconut Oil" tetapi adalah lebih elok jika rencana ini dibuat dalam Bahasa Inggeris juga. Selamat Maju Jaya..........