27 February, 2010

MCTs Biofiesta Bhg 1/3.

Pengenalan:

Minyak Kelapa Dara (MKD) atau MCTs Biofiesta dihasilkan daripada isi buah kelapa. Ia diproses menggunakan kaedah bio-teknologi. Kaedah ini tidak melibatkan penggunaan haba yang tinggi. Oleh itu sebahagian besar khasiat kesihatannya dapat dikekalkan berbanding menggunakan kaedah RBD (refined-bleached-deodorised). Hasilnya ialah MKD yang mengandungi lebih daripada 94% Asam Lemak Rantai Sederhana (Medium Chain Fatty Acid atau MCFA) atau
Triglyserida Rantai Sederhana (MCTs). Empat jenis MCFA yang amat diperlukan oleh tubuh; asam lemak kaprilat (caprilic), asam lemak kaprat (capric), asam lemak laurik (lauric) dan asam lemak miristat (myristic) utuh hampir 100%.

Asam lemak rantai sedang atau "medium-chain tryglyserides" diwakili oleh ikatan karbon antara 6 hingga 18 mendominasikan kandungan bagi setiap titisan MCTs Biofiesta. Ramai pengeluar menggunakan istilah "MCTs" menggantikan nama tradisional "minyak kelapa dara" kerana ia agak profesional dan lebih mudah difahami oleh orang ramai.  

Komposisi MCTs Biofiesta
Ikatan Asid Lemak (the fatty acid chains) didalam MKD yang menyerlahkan kebaikan untuk kesihatan hanya terdapat dengan banyaknya di dalam buah kelapa. Tiada satu pun sumber makanan (buah-buahan, sayuran dll) yang terdapat di dunia ini boleh menyamai keunggulan buah kelapa.

Jadual di sebelah kiri menunjukkan komposisi MCTs Biofiesta. Anda boleh bandingkan komposisi tersebut dengan komposisi daripada minyak jagung, minyak kacang soya, minyak kacang, minyak bunga matahari, minyak biji kapas, minyak canola dan lain-lain minyak daripada sayuran. Minyak daripada kernel kelapa sawit mempunyai ciri-ciri sedikit hampir dengan MKD.

Asam lemak laurik mewakili sekitar 54% daripada keseluruhan kandungan, diikuti oleh asam lemak miristat (18.2%), kaprilat (8.2%), palmitat (7.5%), kaprat (5.9%), oleik (4.9%), stearik (2.7%), lenoleik (0.6%) dan kaproik (0.05%). Sementara kandungan asam lemak lenolenik agak berubah-ubah bagi setiap sampel. Jenis spesis kelapa dan kawasan penanaman juga boleh mempengaruhi komposisi kandungan.

Banyak kajian klinikal membuktikan semua komponen MKDvterutamanya asam lemak laurik, kaprilat, kaprat dan miristat memiliki keistemewaan sebagai anti-kulat, anti-bakteria, anti-virus dan anti-protozoa.


MCTs Biofiesta dan Hypothyroidisme
Bagi penderita 'hypothyroid' atau sindrom lesu, MCTs Biofiesta melonjakkan metabolisme dan di dalam masa yang sama menyumbang kepada penurunan berat badan.
Masalah kelenjar tairod yang kurang aktif boleh mendatangkan berbagai-bagai mudarat, antaranya ialah:

1. menyebabkan rendahnya paras tenaga,

2. keadaan metabolisme yang perlahan,

3. penurunan aktiviti sel-sel serta organ tubuh.

4. penambahan berat badan secara secara mendadak.

5. menjejaskan kesihatan seseorang.

MCTs Biofiesta boleh amat berguna dalam membantu mengatasi permasalahan di atas. Berbagai-bagai penyakit seperti obes (kegemukan), sakit jantung dan reput tulang (osteoporosis) berkait rapat dengan individu yang menghadapi masalah kadar metabolisme yang rendah. Banyak masalah kesihatan akan menjadi bertambah buruk apabila kadar metabolisme lebih perlahan daripada normal kerana sel-sel tubuh hilang upaya untuk pemulihan dan penyembuhan. Individu yang menghadapi gejala hipotairodisme begitu terdesak untuk hidup normal dan bertenaga. Memilih minyak kelapa dara sebagai diet harian dapat membantu pesakit mencapai matlamat tersebut.

Minyak kelapa dara (MKD) boleh diperolehi dalam berbagai-bagai bentuk. Di pasaran MKD boleh diperolehi dalam botol saiz 100 ml, 120 ml, 200 ml, 500 ml dan 1 liter.  Ada juga pengeluar yang menjual dalam sukatan yang lebih besar, biasanya antara satu hingga lima gelen. Di Filipina anda boleh memperolehinya dalam sukatan yang lebih besar sehingga 5 gelen. MKD juga boleh diperolahi dalam bentuk sofjel. Di hospital-hospital Amerika Syarikat dan Eropah, MKD dijadikan sebagai pilihan kepada semua golongan pesakit (dari peringkat bayi hingga dewasa). MKD membantu mendapatkan semula kekuatan dan kecerdasan akibat daripada penyakit yang dialami mereka.

Search Amazon.com for coconut juice
Amy & Brian Natural Coconut Juice with Pulp, 17.5 Ounce Tins (Pack of 12)Vita Coco 100% Pure Coconut Water, 11.2-Ounce Containers (Pack of 12)Amy & Brian Natural Coconut Juice Pulp Free, 17.5 Ounce Tins (Pack of 12)

Bagi golongan yang sihat, MKD merupakan satu formula yang memberi faedah kesihatan melebihi susu ibu. Susu ibu mengandungi tidak lebih 8% asam lemak laurik, sedangkan MKD mengandungi lebih 47% (kadang-kadang sehingga 55%) bagi setiap gram. Terlalu banyak faedah kesihatan yang bakal anda perolehi daripada setiap botol 200ml MCTs Biofiesta.

Komponen MCTs di dalam MCTs Biofiesta amat mudah menyerap, contohnya bila disapu pada kulit. Tidak seperti lain-lain lemak, MCTs Biofiesta amat mudah diserap oleh sistem penghadaman, dan bertindak sebagai sumber tenaga yang pantas. Asid lemak rantaian panjang (LCFAs) pula sebaliknya. LCFA hanya boleh dihadamkan menggunakan enzim-enzim penghadaman daripada organ hati dan mengambil masa yang agak lama untuk ditukar menjadi tenaga. Tubuh kita tidak memerlukan proses yang rumit untuk menghadamkan MKD. Terlalu sedikit enzim diperlukan berbanding LCFAs. Oleh itu pankerias, hati dan sistem penghadaman kurang terbeban. Sumber tenaga daripada MKD amat penting kepada sesiapa yang menghadapi masalah metabolisme.

Dr Bruce Fife, seorang pakar pemakanan dari Amerika Syarikat berpendapat, “Memakan makanan yang mengandungi MCTs samalah seperti memasukkan bahan api mempunyai kandungan bahan aktif yang tinggi ke dalam tangki kereta anda. Enjin  anda akan bergerak lancar diikuti dengan penambahan bilangan kilometer yang ketara. Dengan MCTs, prestasi badan anda akan menjadi lebih meningkat kerana lebih tenaga, dan tenaga yang berlebihan akan dirasai dalam tempoh yang lama (endurance). Ini kerana MCTs terus ditala ke organ hati dan ditukar terus menjadi tenaga, dan hasilnya badan mendapat lonjakan tenaga. Dan oleh kerana MCTs amat mudah diserap oleh sel-sel badan, metabolisme badan akan meningkat. Lonjakan bekalan tenaga ini akan merangsang ke seluruh tubuh. Kebanyakan orang; samada yang sihat; yang secara signifikan mempunyai masalah kesihatan; yang mempunyai berat badan yang berlebihan; akan menyedari peningkatan kadar degupan jantung, metabolisme dan suhu badan apabila memilih MKD di dalam diet harian.

Teruskan membaca ke bahagian 2 dan 3 ....


Pautan:

2 comments:

  1. Boleh tahan jugalah khasiatnya.

    macam mana nak order?

    Saya cadang nak jadi pengedarlah sebab diskaunnya menarik. Sambil guna, kita jual

    ReplyDelete
  2. Memanglah amat menguntungkan. Jika dikira diskaun awal (12%) + diskaun follower (5%) + diskaun pengedar (?%), anda akan menikmati diskaun terkumpul hampir 30%. Anda boleh guna sendiri, termasuk untuk seluruh ahli keluarga dan bakinya boleh dijual. Keuntungan jualan hanpir 30%.

    Terima kasih.

    ReplyDelete

Instant Dedicated Server
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.