15 February, 2010

Bolehkah Penyakit Alzheimer Disembuhkan?

Hilang ingatan?
Halikatnya,  minyak kelapa mempunyai  ikatan rantaian karbon yang lebih pendek dan akan diubah oleh hati menjadi tenaga keton (ketone bodies). Keton digunakan oleh tubuh kita untuk tenaga, kedua-dua otak dan hati kita rupa-rupa nya amat menyukainya. Kemungkinan terjadinya ‘demensia’ ialah
disebabkan oleh otak kita kehilangan kemampuan untuk membakar glukosa (unit metabolik daripada karbohidrat) untuk tenaga, kerana itu, akibatnya sel-sel otak kita mulai kelaparan dan tenat. Dalam kes ini, keton 


memintas jalur metabolisme glukosa dan menbekalkan tenaga kecemasan kepada sel-sel saraf untuk berfungsi secara normal.

Yang jelas, sehingga kini tiada satupun jawapan boleh kita perolehi dari mana-mana kajian bahawa penyakit alzheimer itu boleh ‘disembuhkan’, malah untuk melambatkan proses memburuknya apabila mula merebak pun agak sukar dicari jawapannya. Mengingatkan tidak adanya cara yang dianggap sangat efektif untuk menyembuhkan maupun merawatnya , memberikan beberapa sudu makan minyak kelapa setiap hari untuk orang yang menanggung gejala demensia itu amat mudah dilakukan dan juga amat berbaloi.


Dalam keasyikan Dr Mary Newport meneliti / mengikuti perkembangan suaminya yang berhadapan dengan gejala awal penyakit alzheimer (alzheimer disease) dia benar-benar tidak menyedari atau menjangka betapa akan teruknya penyakit itu menimpa suaminya. Dia tidak mengetahui kesan sebenar akibat penurunan kemampuan mentalnya. 

"Aku benci mengatakannya, tetapi satu-satunya harapan ialah untuk menginginkan dia sembuh. Aku tidak jemu-jemu memantau suami yang aku kahwini selama 36 tahun itu dari saat ke saat, tetapi hanya semakin memudar," kata Dr Newport, 56, seorang pakar neonatologi (Pakar Kanak-kanak Baru Lahir) dan Pengarah Perubatan di Unit Rawatan Intensif Bayi Baru Lahir di Rumah Sakit Daerah Spring Hill.

Seorang akauntan, Steve Newport meninggalkan kerja makan gaji pada hari anak perempuan pertamanya dilahirkan, sedang pada waktu itu Sang Isteri, Mary Newport masih dalam fasa latihan perubatannya. Sejak dari itu, dia bekerja dari rumah, mengurus rekod urusan perniagaan Sang Isteri dan menjaga dua anak perempuannya, sekarang berumur 22 tahun dan 26 tahun.

Sejak 6 tahun lalu, Steve Newport mulai berjuang dengan tugas sehari-hari. Dia mengambil masa lebih lama untuk menyediakan tugasan menyiapkan senarai gaji kakitangan, dan hari demi hari melakukan kesilapan demi kesilapan.

"Aku tidak tahu apa yang terjadi padaku. Aku bingung," kata Steve Newport mengeluh akibat masalah hariannya.

"Terdapat tanda-tanga perubahan yang pelik, dan aku tahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena terjadi pada suamiku," kata Dr Mary Newport.

Mereka membawanya menemui doktor peribadi dan selepas itu merujuknya kepada doktor pakar. Diagnosis awal sebagai mengidap penyakit alzheimer seolah-olah satu pukulan maut kepada diri dan keluarganya. Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan, USA, sebanyak 4.5 juta orang Amerika mempunyai Alzheimer. Alzheimer kini menyerang individu dalam usia 30-60 dan yang dahulunya jarang berlaku, dan golongan ini merupakan antara 5% hingga 10% peratus daripada pengidap penyakit Alzheimer keseluruhannya.

Meskipun tidak ada cara untuk mengesahkan diagnosis Alzheimer, Steve Newport dinyatakan positif kepada penanda genetik yang meletakkan seseorang pada risiko yang lebih tinggi pada tahap awal Alzheimer.

Dia mulai dibekalkan dengan beberapa ubatan yang diluluskan FDA untuk membantu memperlambat perkembangan penyakit, tetapi keadaan suaminya terus menurun. Pada bulan Ogos 2008 lalu, Dr Mary Newport berkata, suaminya mengalami "perubahan drastik," kehilangan berat badan lebih dari 5 kg.

"Dia telah benar-benar hilang minat untuk makan, dan itu bukan pertanda yang baik," katanya. Dia juga meninggalkan aktiviti berkayak dan berkebun yang dahulunya amat digemarinya.

Dr Mary Newport mencari-cari di Internet jika ada ujian klinikal ubatan (clinical drug trials) yang sudi menerima suaminya . Pada bulan Mei, ia menetapkan untuk memohon menyertai ujian klinikal di St Petersburg dan di Tampa sebagai sampel / subjek kajian.


Sejenis Tenaga Yang Menyuburkan Otak Bayi Sejak Dilahirkan

Malam sebelum ujian kemasukan sebagai sampel kajian yang pertama, Dr Mary Newport mencengkang mata membuat kajian mengenai kedua-dua ubat yang akan digunakan jika suaminya berjaya diterima sebagai subjek kajian. Selama menjalani penyelidikan dia menemukan kaedah (ubat) ketiga yang telah menunjukkan hasil yang luar biasa - pembaikan memori sebenar.

"Kebanyakan ubat (dadah) hanya membicarakan tentang memperlambat perkembangan penyakit ... tapi kita tidak pernah mendengar perkataan 'pemulihan’. Sejak dari saat itu aku harus melakukan pencarian yang lebih mendalam," katanya.

Dr Mary Newport mulai bersemangat meneliti kajian-kajian secara ‘online’ (di internet) dan menemukan senarai ubat baru di dalam proses permohonan hak cipta (patent). Di dalam meneliti perbincangan secara mendalam, Dr Mary Newport menemukan kandungan bahan utamanya, iaitu terdiri daripada minyak trigliserida rantai sedang, yang dikenali sebagai minyak MCT (Medium-chain Triglcerides).


Pada pengidap penyakit Alzheimer, sel-sel otak tertentu mungkin menghadapi kesulitan di dalam metabolisme glukosa, sumber asas (utama) tenaga untuk otak. Tanpa bahan bakar ini, neuron yang amat berharga ini mungkin akan mulai mati. Namun para penyelidik telah mengenal pasti sumber tenaga alternatif untuk sel-sel otak – asid lemak yang dikenali sebagai badan keton (ketone bodies), jelas Dr Theodore B. VanItallie, seorang doktor dan profesor emeritus di College of Physicians dan Ahli Bedah di Universiti Columbia di New York City. Dia telah meneliti keton selama lebih daripada 35 tahun.

"Keton adalah bahan bakar berkuasa tinggi yang menyuburkan otak," kata VanItallie. Dia menjelaskan lagi, ketika anda sedang kelaparan, tubuh secara semulajadi menghasilkan keton. Ketika lemak simpanan tubuh dicerna, hati menukarkannya menjadi keton. Dalam beberapa minggu pertama kehidupan, keton menyediakan sekitar 25 peratus daripada tenaga perlu kepada bayi yang baru lahir untuk tahap awal pertumbuhan.

Sedang Dr Mary Newport terus membaca tentang rawatan baru minyak dan MCTs, ia menemukan sesuatu yang mengejutkan: ‘Non-hydrogenated coconut oil’ atau minyak kelapa yang diproses tidak menggunakan RBD mengandungi lebih daripada 60 peratus lemak MCTs, dan khasiat perubatan ini berasal dari minyak yang boleh diperolehi dari pokok kelapa kawasan tropika.

Steve Newport tidak berjaya di dalam ujian kemasukan bagi program pertama yang dipohonnya. Beliau tidak mampu untuk mengingat musim, bulan, atau hari dalam seminggu, dan dia hanya memungut 14 mata daripada 30 mata di dalam ‘mini-mental state examination’, ujian yang digunakan untuk mengukur tahap penyakit hilang ingatan (demensia) dan menilai tahap kerosakan akibat penyakit tersebut terhadap daya ingatan. Keputusan ujian Steve Newport terlalu rendah, dan, menurut keputusan ujian, keadaan Alzheimernya telah "parah".

Salah satu ujian penting bagi perkembangan Alzheimer adalah untuk mengingati imej sebuah jam dan melakarkannya pada sehelai kertas. Petang itu, Steve Newport hampir tidak ingat bagaimana rupa jam, kata Dr Mary Newport.

"Harapan kami telah hancur," kata Dr mary Newport.

Dia berusaha meyakinkan dirinya dan suaminya dengan melihat kehadapan iaitu ke hari berikutnya terhadap tapisan yang kedua, tapi ia mulai merasa putus asa.

"Dan kemudian, penemuan mengenai rahsia MCT tempoh hari melintasi fikiran saya," kata Dr Mary Newport. "Mengapa kita tidak mencuba minyak kelapa sebagai suplemen makanan? Apakah kita akan kerugian apa-apa? Jika minyak MCT boleh menyembuhkan penyakit Alzheimer orang lain, kenapa pula ia tidak boleh menyembuhkan untuk kita?"


Mencuba Minyak Kelapa Dan Hasilnya Kepada Keputusan Ujian MMSE

Semasa di dalam perjalanan pulang dari menghadiri ujian pertama, mereka berhenti di sebuah kedai makanan kesihatan dan membeli sebotol Minyak Kelapa Dara. Permohonan paten ubat percubaan tempoh hari lengkap dengan maklumat dosis, dan dia melakukan dengan cepat beberapa pengiraan, menukar pengukuran sukatan.

Keesokan paginya dia membancuh dua sudu makan minyak kelapa dara ke sajian bijirin suaminya, dan ia mencuba di dalam sajian miliknya juga.

Dalam perjalanan ke tapisan kedua di Tampa, Dr Mary Newport menyoal suaminya, bertanya kepadanya hari, bulan dan tahun.

"Aku terus berdoa dan berdoa, dan lebih mengharap daripada yang pernah aku dilakukan sebelum ini," katanya.

Doanya dijawab. Steve memungut 18 mata pada ujian tersebut, yang tertinggi ia dicapai selama lebih daripada satu tahun dan empat mata lebih tinggi daripada hari sebelumnya.

"Rasanya seperti minyak itu melakukan sesuatu dan Steve boleh berfikir kembali seperti sebelumnya," kata Dr Newport. "Kami rasa cukup gembira." Klik disini untuk memesan MCTs Biofiesta, dapatkan diskaun menarik.....

Newport diterima memasuki ujian percubaan dadah, tetapi lebih penting lagi, minyak kelapa yang ditelan selama ini tampaknya "menghilangkan kabut." Beliau mula mengambil minyak kelapa setiap hari, dan pada hari kelima, ada peningkatan yang luar biasa.

"Dia seolah-olah mendapat semula sentuhan kehidupannya, seperti dirinya yang dulu," kata isterinya.

Setelah lebih lima bulan, keadaan mengigil (tremor) Steve sudah mereda, gangguan visual yang menghalang dia daripada membaca telah menghilang, dan ia boleh bersosial semula dan meminati orang-orang di sekelilingnya.

Tidak ada yang boleh memperbaiki kerosakan otak Steve yang telah diderita akibat daripada penyakit Alzheimer, dan tidak ada ubatnya. Tetapi tampaknya minyak kelapa sedang membantu.” Kata Dr Mary Newport dengan penoh harapan dan kepuasan.


Kesan Diet Ketogenik Terhadap Lain-lain Jenis Penyakit

Dr Mary Newports bukan satu-satunya orang yang telah menemui hasil positif keton. Pada tahun 2005, Dr Theodore VanItallie mengkaji kesan diet ketogenik terhadap penyakit Parkinson. Di dalam kajiannya, lima pesakit diberikan makanan mengandungi diet ketogenik selama satu bulan, dan kepada semua peserta, gejala mengigil, kekejangan, dan kemampuan berjalan menunjukkan peningkatan, rata-rata sebanyak 43%.

"Penyelidikan kami sangat berjaya terhadap pesakit kami," kata Dr VanItallie, menjelaskan bahawa satu-satunya adalah diet meniru gaya berlapar. Diet ini adalah rendah karbohidrat, rendah protein dan hampir 90 peratus lemak, ia menjelaskan. "Pesakit tidak akan mampu meneruskan amalan diet seperti ini untuk waktu yang lama, itu terlalu berat untuk dilakukan."
Kejayaan Dr VanItallie adalah suatu permulaan yang memberangsangkan, tapi ia mengatakan ia berharap akan "membuka jalan untuk kajian masa depan."

“Parkinson mirip dengan Alzheimer dalam soal neuro-degeneratif, dan metabolisme glukosa boleh terjejas akibat daripadanya,” Jelas Dr VanItallie.

"Kita tahu bahawa jika kita memberi pesakit keton, kita dapati keton mampu merentasi blok glukosa ini," katanya. Namun, para penyelidik tidak tahu apakah kesan ini secara jangka pendek atau jangka panjang. Ia mendesak untuk suatu kajian serta disiplin yang lebih besar di masa hadapan.

Sejak memulakan rejimen minyak kelapa dara dengan suaminya, Dr Mary Newport telah menjadi sedikit pakar tentang subjek berkenaan. Walaupun beliau bukan ahli kaji saraf, latar belakangnya sebagai doktor perubatan dan pembelajaran semasa kelas biokimia di sekolah perubatan telah membantunya memahami proses minyak MCT menjadi keton, dan bagaimana manfaat suplemen makanan ini boleh membantu mereka yang menghadapi gejala tidak mampu memproses glukosa.


Selain itu, keton mungkin bermanfaat bagi penghidap penyakit Huntington, multiple sclerosis, penyakit Lou Gehrig, dan daibetes jenis I dan jenis II.

"Saya fikir dia (Dr Mary Newport) cukup berani. Kebanyakan orang menyerah ketika mereka menghadapi Alzheimer berat, tapi saya nampak dia punya peningkatan yang signifikan," kata Dr Richard Veech, ketua makmal kawalan metabolik di Institut Kesihatan Kebangsaan Bethesda, Md.

Dr Veech telah mengkaji keton selama lebih daripada 40 tahun dan telah menjadi sumber berharga untuk keluarga Newport. Saat ini, ia bekerja untuk pihak tentera, melihat kepada keton sebagai cara untuk meningkatkan prestasi pasukan dalam keadaan terdesak.

Dia telah menulis beberapa artikel tentang subjek berkaitan dan yakin bahawa keton akan dapat memberi lebih banyak tenaga kepada sel daripada glukosa dan bahawa ia boleh menjadi kunci untuk membantu mereka yang menghadapi penyakit neuro-degeneratif.

Dia telah membantu membimbing Dr Mary Newport dalam pengajian peribadi dan menjawab banyak pertanyaan-pertanyaannya. “Walaupun pengalamannya dengan keton bukan bersandarkan asas akademik, penyelidikan / kerja klinikal secara ‘double-blind’ yang ingin dicari jawapan oleh Dr Mary Newport dapat diperolehi.” Jelas Dr Veech. “Dr Newport telah memperolehi apa yang terbaik dengan apa yang dia ada." katanya.

Dr Veech menekankan pentingnya mendapat nasihat doktor sebelum mencuba sendiri minyak kelapa dara di rumah. Dia mengatakan terlalu banyak memakan satu-satu jenis minyak boleh megnundang bahaya seperti perut memulas dan tekak loya.

Dr Mary Newport menyedari bahawa lebih banyak kajian diperlukan, tetapi dia senang dengan apa yang dia lihat sejauh ini. "Aku punya bukti nyata bahawa hal ini boleh membantu orang lain," katanya. "Saya hanya ingin memberitahu semua orang tentang hal ini. Saya harap pengalaman ini boleh membantu mereka juga.”
"Saya mengharapkan kajian lebih mendalam dilakukan terhadap penemuan ini. Setelah sekian lama hidup bersama pengidap Alzheimer, apa pun yang boleh menstabilkan atau membantu meningkatkan kehidupan orang tersayang dalam hidup anda, amatlah bernilai.”


Sebarkanlah Maklumat Ini

Anda juga boleh membantu orang-orang yang cukup bererti dalam kehidupan anda. Alangkah seronoknya jika orang yang tersayang (adik, kakak, isteri, suami, ibu, bapa, sahabat karib, saudara mara, jiran dan lain-lain) anda dapat kembali menikmati kehidupan yang lebih sempurna setelah beberapa ketika hidup dalam ungkapan bahawa penyakit berkaitan neuro-degeneratif tiada penyembuhnya. Bayangkanlah rasa hati orang-orang yang bererti dengan pesakit yang kita bantu kembali semula kepada keadaan yang lebih baik. Kita hanya merancang, berusaha dan berdoa, hanya Allah SWT yang menentukan (tiada daya kita kecuali dengan keizinan Allah SWT).


Tonton video mengenai pengalaman Dr Mary Allport:




Anda boleh download percuma artikel asal oleh Dr Mary Newport, dan sebarkanlah kepada sesiapa sahaja yang kemudiannya boleh mendapat manfaat dari pengalaman beliau. 


Jika anda mempunyai komen atau pengalaman menarik yang berkaitan dengan penggunaan minyak kelapa dara dengan penyakit-penyakit berkaitan neuro-degeneratif, kongsikanlah pengalaman-pengalaman tersebut di ruangan ini. 

Terima kasih…

No comments:

Post a Comment

Instant Dedicated Server
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.