Penyakit Jantung:
Ramai orang risau atau takut memakan atau menggunakannya minyak kelapa sebagai bahan untuk masakan. Selain terpengaruh dengan kempen memburukkan minyak kelapa oleh Persatuan Pengeluar Kacang Soya Amerika Syarikat sekitar tahun 1950an, kempen oleh badan kerajaan di negara kita Malaysia (Kementerian Kesihatan) mengenai amalan pemakanan juga agak mengelirukan. Kempen "kurangkan minyak" cuba menakut-nakutkan kita dengan tanggapan bahawa minyak makan / masak seolah-olah menjadi
petualang yang memudaratkan.
Minyak kelapa sering dikaitkan dengan kesannya terhadap paras kolesterol dalam darah. MKD mempunyai sifat yang amat tepu (highly saturated) dan minyak ini dianggap boleh mendatangkan kesan buruk terhadap kolesterol. Walau bagaimanapun kajian-kajian menunjukkan ciri tepu di dalam MKD tidak mendatangkan kemudaratan, malah MKD memperbaiki paras kolesterol. Apabila seseorang meminum MKD, keseluruhan paras kolesterol mungkin turun naik sedikit, tetapi dalam kedua-dua keadaan HDL (high density lipoprotein atau kolesterol baik) meningkat. HDL tidak akan menyebabkan penyakit jantung, malah lebih tinggi paras bacaannya adalah lebih baik. Banyak kajian membuktikan minyak kelapa (minyak kelapa dara) meningkatkan paras kolesterol HDL sementara minyak jagung meningkatkan paras kolesterol LDL.
Kajian oleh Mendis dan rakan-rakan di Sri Langka menarik minat ramai penyelidik. Di Sri Langka, diet penduduk hariannya adalah menggunakan minyak kelapa. Mendis dan rakan-rakan ingin melihat perubahan penggunaan minyak masak di kalangan subjek dan kaitannya dengan status kesihatan mereka. Pengkaji menggantikan minyak jagung sebagai bahan untuk memasak dan ingin melihat kesannya ke atas paras kolesterol. Keputusan kajian mendapati, minyak jagung merendahkan paras kolesterol sementara minyak kelapa adalah sebaliknya. Tetapi apabila nisbah HDL diambil kira subjek kajian menunjukkan peningkatan nisbah HDL-LDL, dimana kadar nisbah meningkat melebihi 5 mata. Peningkatan nisbah bermaksud, lebih tinggi nisbah lebih rendahlah risiko ke atas kesihatan jantung. Kajian ini membuktikan minyak kelapa (coconut oil) menurunkan risiko sakit jantung manakala minyak jagung pula sebaliknya.
Diabetes (kencing manis).
Diabetes adalah disebabkan oleh kelemahan sistem peredaran darah yang mengakibatkan kepada pengerasan arteri. Inilah sebabnya mengapa penyakit jantung adalah penyebab utama kematian di kalangan pengidap diabetes. Kelemahan sistem peredaran darah di kalangan penderita diabetes menyebabkan kerap terjadinya 'non-traumatic amputation' pada bahagian peha dan kaki. Ia juga penyebab utama kejadian buta dan kegagalan buah pinggang.
Diabetes berlaku apabila tubuh seseorang tidak mampu mengurus bekalan gula darah dengan berkesan. Sebaik sistem penghadaman memproses makanan, sebahagiannya akan ditukar kepada glukosa dan diedarkan ke seluruh sistem peredaran darah. Glukosa dalam istilah sains pemakanan dipanggil gula darah (blood sugar). Sel-sel badan menggunakan glukosa sebagai makanan untuk menjana proses metabolisme. Sel-sel tubuh memerlukan bekalan glukosa untuk terus berfungsi secara normal. Apabila bekalan glukosa tidak dapat sampai kepada sel-sel secara berterusan, sel-sel akan kelaparan dan beransur-ansur mati. Ini akan menyebabkan pembuluh darah mula mengecut, peredaran darah tersekat, dan sistem saraf rosak secara berperingkat. Fenomena inilah penyebab kepada banyak komplikasi akibat diabetes.
Enzim Insulin perlu berada dalam jumlah yang mencukupi semasa mengiringi glukosa beredar di dalam sistem peredaran darah. Insulin akan mengiringi glukosa sehingga ianya sampai kepada sel-sel. Biar pun glukosa memenuhi saluran darah dengan banyak, tanpa bantuan insulin, sel-sel tubuh tidak akan mampu menyerap glukosa.
Asid lemak daripada simpanan tubuh juga boleh memberi sel-sel tenaga, tetapi seperti juga dengan glukosa, ia juga memerlukan insulin untuk memasuki sel-sel.
Search Amazon.com for diabetes without drugs
Terdapat dua jenis diabetes, iaitu diabetes jenis I dan jenis II:
- Bagi diabetes jenis I, kelenjar insulin tidak mampu mengeluarkan insulin yang diperlukan oleh badan, dan
- Bagi diabetes jenis II, walaupun kelenjar insulin mampu mengeluarkan sejumlah insulin yang diperlukan badan, sel-sel pula kurang responsif atau terhalang yang menyebabkan lebih banyak insulin diperlukan berbanding untuk melaksanakan tugasan yang sama sebelum itu. Diabetes jenis II ini dinamakan halangan terhadap insulin (insulin resistance).
Dalam kedua-dua keadaan diabetes, sel-sel badan akan kelesuan dan kelaparan. MCTs Biofiesta boleh memberikan manfaat kepada pengidap diabetes. MCTs di dalam MCTs Biofiesta adalah cukup halus dan tidak memerlukan bantuan insulin untuk memasuki sel-sel. Ia mampu membekalkan tenaga kepada sel-sel meskipun dalam apa-apa situasi (kedua-dua jenis diabetes), tidak kira samada badan tidak mampu membekalkan insulin yang cukup atau sel-sel bersifat resisten kepada insulin.
Kajian juga menunjukkan minyak kelapa membantu mengatur gula darah kerana MCTs berkebolehan memperbaiki pengeluaran dan kepekaan insulin (Garfinkel et al. 1992; Han et al. 2003). Dalam lain perkataan MCTs Biofiesta berupaya membantu badan mengeluarkan insulin dan dalam masa yang sama mengembalikan semula (reverse) halangan insulin terhadap sel-sel kepada keadaan normal, dan seterusnya memulihkan simtom-simtom yang dikaitkan dengan diabetes.
Salah satu sifat penyakit diabetes ialah paras gula darah yang tinggi terutamanya selepas waktu makan. Oleh sebab itu penderita diabetes sentiasa memerhatikan kedudukan paras ini kerana jika diabaikan boleh mendatangkan mudarat kepada tubuh. Biasanya penderita diabetes akan menyuntik insulin bila paras gula darah terlalu tinggi.
Minyak kelapa dara (MKD) benar-benar berkesan membantu merendahkan paras gula darah, terutamanya bila parasnya terlalu tinggi. Ada sesetengah penderita memberitahu MKD boleh merendahkan paras gula darah dengan sertamerta, tanpa perlu lagi menyuntik insulin. Dengan meminum MKD, penurunan paras gula darah menjadi normal boleh berlaku dalam tempoh 30 minit.
Penyakit Barah
Penyakit barah (cancer) merupakan salah satu daripada lima penyebab utama kematian seluruh dunia. Setiap tahun sekitar 10 juta orang dikesan mengidap barah. Insiden barah terus meningkat tahun demi tahun dan kini menyumbang 12% kepada keseluruhan kematian. Berita baiknya MKD boleh membantu melindungi seseorang daripada gejala ini (sekurang-kurangnya pada jenis barah tertentu). Kajian perubatan membuktikan minyak kelapa, khususnya MKD mempunyai keistemewaan khasiat melawan penyakit barah.
Kajian oleh Reddy and Maeura 1984 yang menyuntik bahan penyebab barah kepada sekumpulan tikus mendapati tikus-tikus yang diberi makan dengan berlainan jenis asid lemak mempengaruhi keadaan perkembangan sesuatu ketumbuhan. Asid-asid lemak yang diuji termasuk minyak kelapa, minyak jagung, minyak bunga matahari, minyak zaitun dan lain-lain. Tikus-tikus yang diberi makan dengan lemak atau minyak jagung dan minyak bunga matahari memperlihatkan kadar pertumbuhan tertinggi. Penulis kajian menyimpulkan kedua-dua minyak seolah-olah menggalakkan ketumbuhan barah.
Ketumbuhan barah terjadi pada semua tikus kecuali tikus-tikus yang diberi makan minyak kelapa. Penulis kajian menyimpulkan minyak kelapa melindungi tikus-tikus daripada ketumbuhan.
Banyak kajian menunjukkan minyak kelapa membantu melindungi subjek kajian daripada barah payu dara. Kajian oleh Cohen dan lain-lain, 1984 bahan penggalak barah tetek diletakkan pada haiwan ujian) yang diberi berbagai jenis asid lemak. Semua haiwan mengalami ketumbuhan barah kecuali yang diberi makan MCTS daripada minyak kelapa. Para pengkaji melaporkan, bagi haiwan yang diberi MCTs daripada minyak kelapa, tiada tanda-tanda barah miskipun haiwan-haiwan ini telah disuntik dengan bahan kimia yang mempunyai risiko tinggi penyebab barah payu dara.
MCTs Biofiesta dan Kesihatan Otak.
Dr. Raymond Peat berjaya membezakan antara lemak poli tak tepu (polyunsaturated: lemak ini banyak terdapat pada minyak sayuran seperti jagung, kacang soya, bunga matahari, biji kapas dll) dengan lemak tepu (saturated fat: sumber utama daripada minyak kelapa, kelapa sawit dan buah zaitun), dan peri pentingnya kehadiran lemak-lemak jenis tersebut pada tisu otak seseorang.
Tisu otak kaya dengan lemak dalam bentuk yang amat kompleks. Kajian pada tahun 1978 mendapati anak-anak tikus yang diberi makan samada daripada sumber yang kaya dengan lemak tepu atau lemak tak tepu mendapati perkembangan otak lebih tinggi pada anak-anak tikus dimana ibunya diberi makanan yang kaya dengan lemak tepu (minyak kelapa). Oleh kerana minyak kelapa menyokong fungsi tairod, dan tairod memainkan peranan penting di dalam perkembangan otak termasuk 'myelination', keputusan ini akan mengambarkan perbezaan antara individu yang normal dengan individu haipotairod.
Dalam tahun 1980, para pengkaji membuktikan anak-anak tikus yang diberikan susu mengandungi minyak kacang soya mendapati sel-sel otak anak-anak tikus ini di dominasi oleh lemak berkaitan dan struktur sel-sel otak menunjukkan tanda-tanda keluarbiasaan (abnormal). Peroxidasi lipid berlaku apabila lemak daripada kacang soya mendominasi keseluruhan pembentukan sel-sel baru otak. Kajian-kajian mutakhir ini menunjukkan peroxidasi lipid ditemui pada tisu-sisu sel otak pengidap penyakit nyanyuk (alzheimer disease). MKD kaya dengan vitamin E yang juga berperanan mencegah pembentukan peroxidasi lipid pada sel-sel otak, disebut juga sebagai aktiviti 'anti-seizure'.
Kajian-kajian terkini mengenai penyakit berkaitan dengan otak menemui satu rahsia tenaga alternatif. Dr. VanIttalie seorang saintis Amerika Syarikat mendapati otak memerlukan bekalan glukosa yang berterusan untuk terus berfungsi. Ketiadaan glukosa akan menyebabkan sel-sel otak beransur-ansur mati. Sejenis tenaga alternatif yang cukup berkuasa dipercayai berupaya mengambil-alih peranan glukosa bila bekalan ini terhenti atau terputus. Oleh itu apabila seseorang itu kelaparan atau gagal mendapatkan bekalan makanan untuk beberapa hari, tubuh badannya mulai lemah tetapi fungsi otak tetap aktif seperti biasa. Begitu juga bagi seseorang (orang Islam) yang berpuasa, walaupun mengalami kelesuan akibat ketiadaan bekalan makanan seharian, fungsi otaknya masih berfungsi seperti biasa. Walaupun tidak banyak kajian ilmiah, umum percaya bahawa seseorang yang tidak meninggalkan puasa di bulan Ramadan sepanjang hidupnya tidak akan mengalami nyanyuk, miskipun usia sudah lanjut.
Tenaga alternatif yang ditemui oleh Dr. VanIttalie ini dinamakan “ketone' atau 'ketone body'. Kajian-kajian pemakanan mula meneroka diet yang boleh membekalkan sumber ketone kepada otak. Badan kita boleh menukarkan tenaga ketone daripada simpanan lemak semasa kelaparan atau selepas seseorang itu berpuasa (tidak makan atau minum selama 13 jam sehari) 4 atau 5 hari berturut-turut.
Tenaga ketone juga boleh diperolehi daripada sumber makanan yang mengandungi MCTs. Organ hati akan menukarkan MCTs dengan sertamerta kepada tenaga ketone sebaik sahaja seseorang itu mengambilnya. Produk akhir MCTs ini ialah 'ketonacids'. MCTs Biofiesta mengandungi lebih 94% MCTs bagi setiap gram. Diet yang mengandungi sumber ketone ini telah lama digunakan untuk mengatasi masalah bayi yang lahir tidak cukup umur, dan kini mula digunakan untuk pesakit nyanyuk dan lain-lain jenis penyakit. MKD kini mula mendapat pengiktirafan dan digunakan dengan meluas di seluruh dunia. Banyak testimoni boleh didapati di internet. Banyak lagi testimoni akan menyusul dari masa ke semasa. Antara kejayaan besar pengalaman mengubati penyakit nyanyuk ialah apa yang dilaporkan oleh Dr. Mary Newport di St. Petersburg Times pada 29 Oktober, 2008. Dr. Mary Newport membuktikan bahawa penyakit nyanyuk bukan sahaja boleh dilambatkan daripada merebak, malah boleh diubati, menggunakan diet MCTs.
Tenaga alternatif yang ditemui oleh Dr. VanIttalie ini dinamakan “ketone' atau 'ketone body'. Kajian-kajian pemakanan mula meneroka diet yang boleh membekalkan sumber ketone kepada otak. Badan kita boleh menukarkan tenaga ketone daripada simpanan lemak semasa kelaparan atau selepas seseorang itu berpuasa (tidak makan atau minum selama 13 jam sehari) 4 atau 5 hari berturut-turut.
Tenaga ketone juga boleh diperolehi daripada sumber makanan yang mengandungi MCTs. Organ hati akan menukarkan MCTs dengan sertamerta kepada tenaga ketone sebaik sahaja seseorang itu mengambilnya. Produk akhir MCTs ini ialah 'ketonacids'. MCTs Biofiesta mengandungi lebih 94% MCTs bagi setiap gram. Diet yang mengandungi sumber ketone ini telah lama digunakan untuk mengatasi masalah bayi yang lahir tidak cukup umur, dan kini mula digunakan untuk pesakit nyanyuk dan lain-lain jenis penyakit. MKD kini mula mendapat pengiktirafan dan digunakan dengan meluas di seluruh dunia. Banyak testimoni boleh didapati di internet. Banyak lagi testimoni akan menyusul dari masa ke semasa. Antara kejayaan besar pengalaman mengubati penyakit nyanyuk ialah apa yang dilaporkan oleh Dr. Mary Newport di St. Petersburg Times pada 29 Oktober, 2008. Dr. Mary Newport membuktikan bahawa penyakit nyanyuk bukan sahaja boleh dilambatkan daripada merebak, malah boleh diubati, menggunakan diet MCTs.
1001 Macam Kebaikan MCTs Biofiesta
Kajian dan ujian klinikal telah membuktikan kebaikan dan khasiat minyak kelapa dara (MKD) untuk menyembuhkan berbagai penyakit dan meningkatkan kehidupan sihat. Antara kebaikannya ialah;
- Membunuh berbagai virus yang menyebabkan mono-nucleosis, influenza, hepa titis C, cacar air, herpes dan penyakit-penyakit lainnya.
- Membunuh berbagai bakteria penyebab pneumonia, sakit telinga, infeksi tenggorok, gigi berlubang, keracunan makanan, infeksi saluran kencing, meningitis, gonorrhea, luka gangren dan lain-lainnya.
- Membunuh kulat dan ragi yang menyebabkan candida, “jock itch”, kudis, athletes foot, ruam kerana peluh dan pakaian lembab serta infeksi lainnya.
- Melumpuhkan dan membunuh cacing pita, lice, giardia dan parasit lainnya.
- Menyediakan sumber nutrisi (pemakanan) dan energi (tenaga) yang cepat.
- Meningkatkan energi dan stamina serta memperbaiki bentuk tubuh dan penampilan yang agak atlit.
- Memperbaiki sistem pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin dan asid amino yang larut dalam lemak.
- Memperbaiki sekresi insulin dan metabolisme glukosa darah.
- Meredakan stres pada pankreas dan sistem-sistem enzim tubuh.
- Membantu meredakan gejala-gejala dan mengurangkan risiko kesihatan yang dihubungkan dengan diabetes.
- Mengurangkan gangguan yang dikaitkan dengan gejala kesulitan atau gangguan pencernaan dan cystic fibrosis.
- Memperbaiki penyerapan kalsium dan magnesium serta membantu pembentukan atau perkembangan tulang dan gigi yang kuat.
- Membantu melindungi diri terhadap serangan penyakit osteoporosis.
- Membantu meredakan gejala sakit saluran biji pelir.
- Meredakan gejala yang dihubungkan dengan Chron's disease, ulcerative colitis dan bisul perut.
- Mengurangkan peradangan kronis.
- Mempercepatkan penyembuhan dan pembaikan jaringan tubuh.
- Meningkatkan dan membantu fungsi kekebalan tubuh.
- Membantu melindungi tubuh dari kanser payudara, kanser kolon dan kanser lainnya.
- Baik buat jantung; tidak meningkatkan kolestrol darah atau kelengketan platelet.
- Membantu mencegah sakit jantung, atherosclerosis dan stroke.
- Membantu mencegah tekanan darah tinggi.
- Membantu mencegah sakit periodental dan kerosakan gigi.
- Berfungsi sebagai pelindung antioksida.
- Membantu melindungi tubuh dari radikal bebas berbahaya penyebab 'premature aging' dan penyakit degeneratif.
- Memperbaiki pendayagunaan asid lemak essensial dan melindunginya dari oksidasi.
- Meredakan gejala kelelahan (asma) kronis.
- Meredakan gejala benign prostatic hyperplasia (pembesaran prostat).
- Mengurangkan tekanan epileptis.
- Melindungi tubuh dari penyakit buah pinggang dan infeksi buah pelir.
- Membantu mencegah sakit atau keradangan liver.
- Kandungan kalori lebih rendah dari lemak lain sehingga efek penggunaan maksima untuk pengubatan jauh lebih baik.
- Mempertingkatkan fungsi tairod.
- Meningkatkan tahap metabolisme sehingga memberikan efek penurunan berat badan yang semulajadi dan stabil (mencegah obesity).
- Mencegah infeksi topical bila luka (melalui kulit).
- Mengurangi gejala psoriasis, eksim dan dermatitis.
- Mempertingkatkan keseimbangan kimia kulit secara semulajadi.
- MKD mencegah penyakit akibat radikal bebas.
- Untuk awet muda dan segar.
- Sebagai sapuan (oinment) untuk bibir pecah-pecah.
- Kumur dan lepas itu ditelan boleh memutihkan gigi dalam jangka panjang. Ia juga boleh menghilangkan bau mulut yang keterlaluan.
- Membantu mengatasi kebotakan dan menumbuhkan rambut.
- Baik untuk ibu hamil dan semasa menyusui anak.
- Membantu melawan kanser.
- Untuk bayi dan anak (sapuan dan minuman).
- Menghenti atau menyembuhkan buasir.
- Mengubati masalah lendir dan keputihan pada kaum wanita (minum dan sapu).
- Melembutkan dan mengencangkan kulit dan lapisan lemak di bawahnya.
- Mencegah kerepot, kulit kendur dan kedut-kedut tanda penuaan.
- Memberikan penampilan rambut yang sihat dan tidak kering.
- Mencegah kerosakan yang ditimbulkan radiasi sinar ultra violet pada kulit.
- Mengurangkan kelemumur.
- Membantu memberikan vitalitas dan terasa lebih muda.
- Menghalang oksidasi sehingga memberikan perlindungan terhadap oksidasi berlebihan.
- Virgin coconut oil pada suhu tinggi tidak membentuk zat yang berbahaya seperti pada minyak sayuran yang lain seperti minyak kacang soya, minyak bunga matahari, minyak canola, minyak jagung dan lain-lain lagi.
- Tidak memberi kesan sampingan yang berbahaya bila dimakan atau diminum mahupun secara berlebihan.
Kelebihan dan kebaikan MKD terlalu banyak untuk disebutkan di ruangan ini. Bila anda menggunakan sendiri, anda sendiri akan tahu apa keajaibannya.
Teruskan membaca ke bahagian 3....
Teruskan membaca ke bahagian 3....
Pautan:
- Coconut oil and daibetes
- Learn How Coconut Oil Can Benefit Insulin Resistance and Diabetes
Health Benefits of Coconut Oil / Organic Coconut Oil / Organic Oils - Coconut Oil - Diabetes Symptom
- Coconut Oil - Its virtues for weight loss, preventing cancer
- Virgin Coconut Oil - Virgin Coconut Oil "Miracle Cure for Cancer"
- Coconut Oil Brain Function
- Spring Hill couple's Alzheimer's fight tries boost in brain
- Alzheimer?s and Ketone Bodies from Coconut Oil
No comments:
Post a Comment