15 April, 2010

Diet Ketogenik Dengan Minyak Kelapa Dara (MKD)

Setelah para penyelidik berhempas pulas membangunkan sejenis diet bagi membolehkan segelintir golongan pesakit kembali normal (Diet Ketogenik), kini ada satu jalan pintas melakukan diet harian tanpa berlapar, iaitu dengan mamasukkan MKD di dalam diet harian kita. Bukan sahaja penderita penyakit sawan akan menikmati kebaikan amalan ini, malah sesiapa sahaja akan
merasai kesan kebaikan MKD. Memasukkan MKD di dalam diet harian juga akan membantu individu yang mempunyai risiko atau tanda-tanda awal penyakit sawan sebagai langkah pencegahan.


Perbezaan Antara Diet Ketogenik Asal Dengan Diet MKD

Pada umumnya kedua-dua pendekatan berkongsi matlamat yang serupa; membantu penderita penyakit sawan tidak mengira tahap penyakit, usia, jantina, bangsa maupun taraf sosial kembali hidup normal. Penderita sawan kronik sukar bergaul dengan sempurna di dalam masyarakat. Penderita juga biasanya akan mengalami risiko kecederaan teruk dan ada sesetangahnya boleh menyebabkan kematian sekiranya gagal mendapatkan bantuan semasa penyakit menyerang. Pesakit akan hilang kawalan, risiko kecederaan pada lidah, risiko jatuh dari tempat tinggi, kecederaan akibat terhantuk dengan benda-benda tajam (benda-benda berbahaya seperti batu berpermukaan tajam), jatuh ke dalam sungai atau takungan air yang dalam dan sebagainya. Penderita penyakit sawan kronik memerlukan pengawasan rapi 24 jam.

Diet ketogenik menggunakan regimen yang ketat dan memerlukan tahap kesabaran cukup tinggi. Oleh sebab itu kanak-kanak yang ‘haiperaktif’ terlalu sukar mentadbir diet jenis ini kerana kesukaran mengawal gerak laku mereka. Kanak-kanak sukar faham matlamat rawatan dan peraturan-peraturan diet yang perlu diikuti. Diet ini juga terlalu banyak pantang larang. Kanak-kanak juga mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi dan selalu mencuba sesuatu untuk mencari jawaban dalam proses pembesaran. Mereka juga sering meminta-minta apabila berhadapan dengan makanan terlarang, dan selalunya ibu bapa sukar menolak permintaan mereka. Ibu bapa atau penjaga sering hilang kawalan dan kesabaran. Akibatnya program diet boleh tertangguh-tangguh dan tidak berjalan sempurna.

Dengan menggunakan diet MKD, pesakit hanya perlu meminum 1 sudu makan (sukatan untuk kanak-kanak, bagi dewasa boleh sehingga sukatan 2 sudu makan), 3 kali sehari, selepas makan. Pesakit tidak perlu mengikuti pantang larang yang rumit. Khasiat lemak darti MKD akan menembusi dinding sistem penghadaman, terus memasuki sistem peredaran darah, menembusi sel membran dan menyuntik tenaga premium kepada sel-sel tubuh. Dalam masa yang sama organ hati akan memacu khasiat asam lemak rantai sedang (MCTs) terus ke organ otak, mengaktifkan sel-sel saraf serta memperbaiki jaringan saraf otak.

Bahan bakar premium ini amat bersih kerana setiap sudu MKD mengandungi sehingga 95% asid lemak rantai sedang (MCFAs juga disebut sebagai medium-chain tryglycerides atau MCTs)). Bakinya sekitar 5% adalah asid lemak rantai panjang (LCFA), ia amat bersih, tiada pencemaran asam lemak "trans". Penyediaan MCTs Biofiesta yang begitu berhati-hati tidak meybebabkan oksidasi. Jika sistem metabolisme tubuh normal, hanya sedikit sahaja enzim insulin diperlukan untuk menukar LCFA ini kepada tenaga. Setiap titisan MKD digunakan semuanya oleh tubuh, tiada pembuangan. Organ pankrias akan mengalami kurang beban bagi pengeluaran insulin dan memberikannya cukup ruang untuk pemulihan.


Dalam masa yang sama penderita sawan boleh mengambil makanan berkarbohidrat seperti biasa (tentunya dengan sedikit kawalan jika ingin menjadikan pengambilan MKD benar-benar berkesan). Mengimbangi pengambilan makanan bersumber lemak dan protein perlu terus diamalkan dari masa ke semasa.

The Ketogenic Diet: A Complete Guide for the Dieter and Practitioner
The Ketogenic Diet: A Treatment for Children and Others with Epilepsy
Keto Kid: Helping Your Child Succeed on the Ketogenic Diet


Untuk memulakan proses kitaran ketosis, pesakit harus menunggu sekurang-kurangnya selama 24 jam, menahan lapar dan dahaga, dan meminimakan aktiviti fizikal. Penjaga atau pesakit terpaksa menyediakan menu khas yang tidak kurang rigid untuk penyediaannya, sekurang-kurangnya 3 kali sehari, selama sekurang-kurangnya 1 bulan. Diet MKD tidak perlu melakukan itu semua, iaitu sekadar membuka penutup botol, menuangkan ke dalam sudu dan meminumnya, itu sahaja, selebihnya diuruskan oleh kebaikan MKD. Pesakit boleh memakan makanan bersumber karbohidrat dengan melebihkan kadar makanan bersumber lemak dan protein.

Simpanan lemak yang terdapat pada tubuh kebanyakannya terdiri daripada asid lemak rantai panjang (LCFA). Sel-sel badan memerlukan perkhidmatan sokongan daripada kelenjar pankreas untuk pengeluaran insulin bagi membolehkan ses-sel membakar sumber tenaga ini. Dalam keadaan tertentu sel-sel tubuh tidak dapat mencapai (mengambil / mengguna) sumber tenaga daripada lemak ini akibat halangan pada sel-sel itu sendiri, seperti pada kes ‘daibetes type II’. Masalah yang serupa akan berlaku apabila makanan tinggi lemak memasuki sistem penghadaman. Sumber lemak ini lebih banyak mengandungi asid lemak rantai panjang. Dengan diet MKD, sistem metabolisme tidak perlu bekerja begitu keras kerana MCTs dari MKD terus digunakan oleh sel-sel sebagai tenaga tanpa perlu melalui berbagai-bagai peringkat pemprosesan.

Dibandingkan dari sudut kos dan masa, diet ketogenik memerlukan perbelanjaan yang secara relatif agak tinggi. Hanya pesakit yang mampu sahaja akan berupaya meneruskannya. Masa penyediaan menu juga agak menyusahkan kerana ibu bapa atau penjaga (atau pesakit itu sendiri) harus menyediakan menu khas untuk keperluan diet, dan dalam masa yang sama harus menyediakan makanan biasa untuk keperluan ahli keluarga yang lain. Diet MKD tidak memerlukan apa-apa persediaan, membolehkan ahli-ahli keluarga (juga pesakit itu sendiri) menggunakan masa berharga untuk lain-lain kerja yang lebih berfaedah.

Penyediaan makanan untuk diet ketogenik biasanya melibatkan aktiviti memasak menggunakan suhu tinggi. Jika tidak dilakukan dengan berhati-hati sumber lemak akan terdedah kepada risiko ‘hydrogenation’ (oksidasi) dan tanpa disedari pesakit memakan makanan yang dicemari dengan asid lemak ‘trans’. Asid lemak ‘trans’ boleh mendatangkan kemudaratan kepada tubuh kerana mengundang kehadiran radikal bebas (free radicals). Radikal bebas diketahui umum bertanggungjawab menyumbang kepada peningkatan risiko penyakit jantung, obes dan daibetes, dan akhirnya pesakit mendapat kurang manfaat daripada diet ketogenik. Itulah sebab mengapa diet ketogenik tidak memberikan kebaikan kepada semua pesakit.

The Ketogenic Diet: A Treatment for Children and Others with Epilepsy
The Ketogenic Diet: A Complete Guide for the Dieter and Practitioner
Keto Kid: Helping Your Child Succeed on the Ketogenic Diet



Minta Komen

Para pengunjung yang dihormati, silalah luangkan masa dengan memberikan komen di ruangan ini. Komen-komen anda mungkin akan membantu lain-lain pengunjung berkongsi maklumat berharga. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Instant Dedicated Server
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.