15 March, 2010

Diet Ketogenik

Pengenalan: 

Diet ketogenik (Ketogenic Diet) merupakan satu peraturan pemakanan dengan penekanan kepada:
  1. Makanan tinggi kadar lemak, dan
  2. Rendah kadar karbohidrat.
Idea peraturan pemakanan ini telah dikembangkan di negara-negara maju sejak lebih 80 tahun yang lalu. Matlamat utama jenis pemakanan ini ialah bagi membolehkan tubuh pemakan membakar lemak dan bukan glukosa, untuk tenaga. Diet ketogenik adalah
diet tinggi lemak dan protein, dan hampir tidak ada karbohidrat. Hal ini akan memaksa tubuh ke dalam keadaan ketosis dimana keton akan digunakan sebagai sumber bahan bakar.

Diet Ketogenik telah digunakan untuk mengobati epilepsi dan untuk penurunan berat badan. Ramai ahli bina badan menggunakan diet ini dalam 'fasa pembuangan' (cuba untuk membakar lemak sebanyak mungkin sambil mengekalkan otot yang sasa). Diet ketogenik mula menjadi perbualan hangat apabila media massa meningkatkan kempen yang menyeluruh supaya merendahkan / tidak menggunakan diet karbohidrat seperti seperti program Atkins. Pengurusan mengatur pemakanan perlu dipantau dengan berhati-hati. Pemantauan biasanya dilakukan oleh individu yang arif tentang pemakanan.


Search Amazon.com for ketogenic diet
The Ketogenic Diet: A Complete Guide for the Dieter and PractitionerThe Ketogenic Diet: A Treatment for Children and Others with EpilepsyKeto Kid: Helping Your Child Succeed on the Ketogenic Diet



Adalah Diet Ketogenik Sihat Dan Selamat?

Diet ketogenik sesuai bagi setengah orang - dan tidak sesuai bagi setengah golongan yang lain. Menukar sumber bekalan karbohidrat boleh mengundang tekanan signifikan pada tubuh - terutama hati dan fungsi buah pinggang. Banyak orang akan merasa sangat letih dan tidak bermaya selama beberapa minggu pertama ketosis - tubuh sedang cuba untuk menyesuaikan diri dengan menggunakan keton sebagai sumber bahan api. 

Keton adalah hasil sampingan daripada metabolisme lemak (membakar lemak).Ada banyak aliran pemikiran yang bertentangan mengenai keselamatan suatu makanan ketogenik - namun fakta bahawa ramai penderita epilepsi telah berjaya menggunakan ketosis selama bertahun-tahun - jelas memberikan diet ini sesuatu pengiktirafan. 

Photobucket  

Kajian awal menunjukkan diet ketogenik membantu dua daripada tiga kanak-kanak yang mengalami penyakit sawan (epilepsy). Diet jenis ini perlu diurus dengan ketat dan memerlukan komitmen seluruh ahli keluarga. Diet seperti ini mempunyai sedikit kesan sampingan tetapi kajian mendalam diperlukan kerana kesan positif ke atas pesakit epilepsi lebih menonjol berbanding dengan kesan negatif. Namun, hal itu harus dilakukan dengan hati-hati kerana ramai orang (terutamanya pesakit) yang memulakan diet menghentikannya dalam masa beberapa hari kerana keletihan dan kesulitan yang dihadapi.


Apakah Itu Sebenarnya Diet Ketogenik?

Kebiasaannya, tubuh manusia menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga. Sumber ini biasanya diperolehi daripada diet harian. Bekalan glukosa biasanya hanya boleh bertahan selama 24 jam selepas pengambilannya. Selepas 24 jam, akibat tiada sumber glukosa yang tinggal, sistem metabolisme akan mengatur mekasnisme alternatif untuk membakar simpanan lemak yang disimpan di dalam tubuh. Pada saat inilah jadual diet ketogenik bermula.

Pemakanan cara ini memaksa tubuh membakar lemak secara berterusan dengan memastikan bekalan karbohidrat dikawal dalam keadaan sentiasa di tahap rendah. Makanan yang kaya dengan sumber lemak dibekalkan kepada tubuh. Biasanya sumber lemak mewakili sehingga 80% keperluan kalori, sementara bakinya barulah datangnya dari sumber karbohidrat dan protin.

Setiap menu mengandungi empat kali ganda sumber lemak berbanding dengan karbohidrat dan protin. Sumber minuman juga turut di pantau kerana minuman juga membekalkan sumber tenaga kepada tubuh.


Search Amazon.com for coenzyme b complex

The Ketogenic CookbookSource Naturals Coenzyme Q10, 100 mg, Softgels, 90 softgelsSource Naturals Coenzyme Q10, 200 mg, Softgels, 60 softgels


Para doktor masih belum memahami dengan pasti kaitan antara tenaga dari lemak dan bagaimana sumber tenaga ini dapat membantu penderita penyakit sawan mengatasi kekejangan. Penggunaan diet meniru gaya berlapar ini dikenal pasti sebagai cara terbaik menangani serangan sawan berbandingan penggunaan dadah dan pembedahan. Tidak semua penderita penyakit sawan menerima kesan yang sama daripada perlaksanaan diet ketogenik.


Membuat Keputusan

Kebanyakan pakar pemakanan mengatakan diet ini patut dicuba setelah dua atau lebih ubatan (dadah) gagal mengawal kekejangan. Tambahan lagi penggunaan ubatan boleh mendatangkan kesan sampingan yang membimbangkan. Kesan sampingan ini juga boleh merugikan masa depan pengidap penyakit ini. Bagi pesakit yang tidak cerewet dan tidak memilih makanan dan sedia bertolakansor, mengurus diet ketogenik menjadi lebih mudah.

Diet ketogenik nampaknya berkesan mengatasi berbagai jenis penyakit sawan. Kanak-kanak yang menghadapi tahap penyakit yang serius juga didapati serasi dengan penggunaan diet ini. Para doktor masih menekankan perlunya meneruskan pengambilan ubat-ubatan selagi cara itu tidak mendatangkan kesan sampingan yang memudaratkan. Ada di kalangan doktor masih berkeras bahawa diet ini tidak boleh menggantikan penggunaan ubatan selagi penggunaan ubatan mempunyai kesan yang baik dan tidak mendatangkan kemudaratan yang teruk.

Ibubapa pada umumnya lebih gemar menggunakan pendekatan diet kerana mereka berharap anak-anak mereka akan mempunyai peluang yang lebih baik untuk hidup normal suatu hari nanti. Diet ketogenik meniru cara berlapar ini agak sukar diuruskan dalam kehidupan normal terutamanya mereka yang hidup dikelilingi makanan atau semasa bercuti dan berada jauh dari rumah. Mengurus diet ketogenik agak sukar di kalangan kanak-kanak berbanding dengan orang dewasa.


Search Amazon.com for coenzyme b complex


Coenzyme Q10 And The HeartThe Coenzyme Q10 PhenomenonSource Naturals Coenzyme Q10, 100 mg, Softgels, 90 softgels



Di Mana Harus Diet ketogenik Bermula?

Sebaik-baiknya diet ini dimulakan di rumah sakit. Pesakit akan diawasi selama 24 jam bagi memastikan mereka berupaya menghadapi stres semasa menghadapi situasi lapar dan memastikan mereka tidak mengambil apa-apa makanan selama tempoh itu. Semasa pesakit mulai membakar lemak, dan bukan glukosa (situasi ini dipanggil tempoh ketosis), petugas pemakanan akan menyediakan (memperkenalkan) makanan yang bersesuaian dari segi jenis dan sukatannya.

Apabila pesakit pulang ke rumah , ahli-ahli keluarga akan meneruskan program diet ini. Bahan makanan perlu disukat bagi memastikan pengiraan yang betul dan mempunyai keseimbangan lemak, karbohidrat dan elemen pemakanan berkhasiat. Sejenis alat khas digunakan untuk melihat paras keton di dalam air kencing.

Keton adalah bahan kimia yang dihasilkan tubuh daripada pembakaran lemak. Pesakit akan diuji air kencing setiap minggu untuk mengelakkan kehadiran keton yang berlebihan di dalam darah. Risiko pemendapan batu karang pada buah pinggang boleh berlaku akibat gejala ini. Inilah salah satu kesan sampingan diet ketogenik.


Kejayaan Penyembuhan Melalui Diet Ketogenik

Selalunya tempoh penyesuaian diperlukan bagi memastikan seseorang itu bertindakbalas positif terhadap diet ketogenik. Para doktor selalunya akan meminta pesakit mengamalkan diet untuk tempoh satu bulan, dan ada kalanya sehingga antara dua hingga tiga bulan. Pesakit semasa tempoh diet selalunya dibekalkan dengan ubatan anti-kejang sebagai langkah berjaga-jaga. Pengambilan ubatan ini akan dikurangkan apabila pesakit menunjukkan kemajuan, dan dihentikan sebaik pesakit pulih sepenuhnya.

Sekitar 65% pesakit, khususnya kanak-kanak akan pulih, dan bakinya tidak berjaya mungkin akibat kesan sampingan diet atau kerana tidak berupaya menahan keinginan memakan makanan berkarbohidrat.

Kesan positif diet ketogenik ialah pesakit akan merasa lebih cergas dan lebih sihat. Jika penyakit kembali semula, para doktor akan menasihatkan pesakit mengulangi semula program.


Contoh Menu Untuk Diet Ketogenik

Sarapan pagi:
  • Skrambel telur dengan mentega,
  • Krim susu
  • Jus oren.
Makan Tengahari:
  • Skuas spageti dengan telur dan keju ‘parmesan’,
  • Daun selada dengan mayonis,
  • Soda oren dengan krim.
Makan malam:
  • Hot dog dengan sos cili bebas gula,
  • Asparagus dengan mentega,
  • Selada cincang dengan mayonis,
  • Ais krim vanila bebas gula.



Artikel seterusnya....

No comments:

Post a Comment

Instant Dedicated Server
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.