21 October, 2010

Minyak Kelapa Dara Untuk Penderita Penyakit Buah Pinggang


Pengalaman Selina Aurora Sayong, seorang rakyat Filipina, bekerja dalam bidang pemasaran dan pengiklanan mengenai keajaiban minyak kelapa dalam mengatasi masalah kegagalan ginjal (penyakit buah pinggang) agak menarik untuk kita kongsi bersama di ruangan ini.



Pendedahan ini penulis petik daripada penulisan Lai Suarezreyes, Manila Bulletin keluaran 14 Mac 2004. Walaupun terbitan ini sudah agak lama, percayalah kata-kata penulis bahawa masih ramai di kalangan kita yang masih belum mengetahui atau tidak ambil kisah mengenai keajaiban Minyak Kelapa Dara (MKD). Penulis pernah menemui beberapa penderita gagal ginjal, sedang menjalani dialisis, satu kes terpaksa menjalani dialisis 2 kali seminggu, masih ragu-ragu apabila dicadangkan mengambil MKD bagi meringankan penyakit yang ditanggung. Salah seorang memberi alasan tidak berani mencuba MKD kerana doktor menasihatkannya jangan mengambil makanan bersumberkan minyak, kerana ini akan lebih memudaratkannya.

Lai Suarezreyes melaporkan.....

Dia, Selina A. Sayong telah melihat kematian di depan mata dan keluar dengan penuh kemenangan.

Selina berada di puncak kerjaya ketika masalah ginjalnya meledak pada tahun 1991. Dia menjalani dialisis selama dua tahun dan telah menjalani pembedahan menukar ginjal tahun 1994. Malangnya, tubuhnya menolak ginjal baru yang disumbangkan oleh seorang penderma pada tahun 2000.

"Terus terang, saya merasa lebih baik sekarang daripada ketika saya masih seorang pesakit transplantasi kerana pemindahan buah pinggang telah menetapkan sendiri batasan. Anda harus berhati-hati dengan ubat-ubatan yang anda ambil, makanan yang anda makan, dan berbagai-bagai lagi. Semangat kerohanian saya lebih tinggi sekarang dan saya lebih menyedari misi saya dalam hidup," kata Selina dengan keyakinan.

 


Search Amazon.com for kidney cleanse



Ki-Clean - The Detoxifying Kidney Cleanser By Lab88 - Made in the USABrenner and Rector's The Kidney: Text with Continually Updated Online Reference, 2-Volume SetPrimer on Kidney Diseases (Greenberg, Primer on Kidney)


Selina meskipun menderita kegagalan ginjal, beliau sangat gila bekerja, energik dan optimistik. Selain menjalankan perniagaan sendiri, Selina juga melakukan kerja sebagai pengedar jualan secara langsung dan mempunyai syarikat pengiklanan dan perundingan pemasaran berkongsi dengan seorang rakan.

"Sekarang, saya memasarkan produk alami dan produk-produk berasaskan kelapa seperti nira kelapa dan minyak kelapa dara. Produk yang ajaib ini diperkenalkan kepada saya oleh Dr Christian Mangcao, seorang ahli bedah yang bekerja sebagai perunding perubatan di
Matling Industrial and Commercial Corp., syarikat yang menghasilkan minyak tersebut . Ketika ia mengetahui bahawa saya punya masalah buah pinggang, ia menggunakan saya sebagai calon “trial“ pada bulan Jun 2003, untuk menguji manfaat kesihatan minyak kelapa dara," jelas Selina.

Selina mula melihat perubahan setelah mengambil minyak tersebut selama dua minggu. Saya sekarang boleh membuang air besar secara teratur (kerana pesakit dialisis menderita sembelit) dan merasa seluruh tubuh bersih dan kotoran didetoksifikasi.

 


Search Amazon.com for kindle books



Coping with Kidney Disease: A 12-Step Treatment Program to Help You Avoid DialysisThe Vegetarian Diet for Kidney Disease: Preserving Kidney Function With Plant-based EatingKidney Health Gourmet Diet Guide and Kidney Friendly Recipes for People Not on Dialysis

Minyak kelapa dara mendetoksifikasi tubuh. Sejumlah penelitian menunjukkan bahwa kandungan laurik daripada minyak kelapa dara berkesan menyerang dan melumpuhkan berbagai-bagai jenis virus dan bakteria.

"Hal ini juga membina sistem kekebalan tubuh sama seperti susu ibu  (yang mengandungi asid laurik)," tambahnya. "Ini harus diambil secara meminum (satu sudu makan, 3 kali sehari). Mereka yang tidak suka dengan rasanya boleh mencampur minyak ini dengan nasi panas, kopi, susu atau teh, dan lemak ini meningkatkan selera makan .."

Dalam sebuah buku berjudul
The Healing Miracles of Coconut Oil” "Keajaiban Penyembuhan Oleh Minyak Kelapa," Bruce Fife menyatakan bahawa minyak kelapa dara memperkuatkan sistem kekebalan tubuh.

"Bahkan, ibu yang dijangkiti HIV di Afrika Selatan yang mengambil minyak kelapa dara dibenarkan untuk menyusui bayi mereka kerana asid laurik (ada dalam susu ibu, seperti juga dalam minyak ini) dipercayai dapat mencegah pemindahan virus," jelas Selina.

Melihat kepada begitu efektifnya minyak itu, Selina dan rakan Marie dan Sammy Lapay menubuhkan syarikat
Rare Earth untuk mengedar  minyak berkenaan. Ramai "teman dialisis" Selina sekarang mendapatkan minyak darinya kerana mereka juga merasakan kuasa penyembuhannya.

Syarikat Pengiklanan dan Perkhidmatan The Selina Aurora Sayong (
SAS Advertising and Marketing Services ) ditubuhkan untuk memasarkan minyak kelapa dara dan minyak kelapa dara pandan Rare Earth.

MKD mempunyai khasiat aromaterapi, sesuai untuk dijadikan minyak urut seperti Lavender dan Teh
Kelapa Hijau  adalah komoditi yang popular bukan sahaja untuk peminat kesihatan tetapi juga untuk pemilik pusat SPA.

"Saya bekerja sepenoh masa dengan RareEarth yang juga menjual produk-produk lain seperti air Hexagonal (yang juga baik untuk detoksifikasi kerana kandungan alkali nya), Nira Kahal (fermentasi dari air kelapa muda), dan sardin stail
De Mari Spanish," sambung Selina.

Selain memasarkan dan mempromosikan produk kesihatan, Selina mendedikasikan saki baki hidup dengan memupuk kesedaran tentang kesan minyak kelapa terhadap penderita kegagalan ginjal melalui kaunseling.

Selina bercadang untuk menubuhkan sebuah yayasan buah pinggang untuk membantu pesakit buah pinggang.

 

Search Amazon.com for kidney disease 

Coping with Kidney Disease: A 12-Step Treatment Program to Help You Avoid DialysisWhat You Must Know about Kidney Disease: A Practical Guide to Using Conventional and Complementary TreatmentsPrimer on Kidney Diseases (Greenberg, Primer on Kidney) 

"Masalah utama adalah kewangan kos dialisis dan ubat-ubatan. Bagaimanakah kita mampu menjalani dailisis jika kita tidak bekerja? Bersama dengan individu 'wellmeaning', kami merancang untuk memenubuhkan Pusat Pemulihan Ginjal (Kidney Wellness and Wholeness Center), sebuah pusat sehenti untuk pesakit buah pinggang yang akan dikendalikan oleh kumpulan pesakit-pesakit itu sendiri. Pusat ini tidak bertujuan mendapatkan keuntungan.," tegas Selina dengan penoh keyakinan.

Dia berharap bahawa melaluinya pusat sehenti ini boleh ramai boleh berganding bahu dan tenaga.


"Saya ingin menggalakkan pesakit-pesakit, banyak di antaranya menderita depresi dan kehilangan harapan. Saya ingin melihat mereka memperolehi semula keyakinan ..  Aku harus menubuhkan pusat atau kompleks selewat-lewatnya dalam masa 6 tahun lagi. Sukarelawan-sukarelawan akan datang menghulurkan tenaga kerana mereka percaya hal seperti ini tidak mustahil boleh berjaya. Mari kita semua membuat hal ini terjadi.," kata Selina.

Untuk pesakit buah pinggang, nasihat Selina: "... Selalu menjaga iman dan memiliki rasa humor yang baik. Jangan melayan hidup seolah-olah seperti drama “tele novela” yang tak pernah berakhir. Jangan menangis di setiap kali menghadapi ujian"


Sepintas Lalu Mengenai Simtom Kegagalan Ginjal

Ramai orang yang menderita penyakit ginjal kronik tidak begitu menyedari dari awal kerana tanda-tanda awal tidak begitu menonjol. Ini boleh mengambil bertahun-tahun kepada penderita penyakit ginjal kronik (CKD) sehingga penyakit itu menjadi gagal ginjal. Ramai juga penderita ginjal kronik menderita penyakit tanpa pernah mencapai tahap gagal ginjal.

Gagal ginjal kronik adalah suatu kerosakan kekurangan fungsi ginjal yang hampir selalu tidak reversibel dan diakibatkan oleh berbagai-bagai punca. Uremia adalah istilah yang biasa digunakan yang menggambarkan suatu gambaran klinik sebagai akibat gagal ginjal. Sebenarnya kini sudah difahami bahwa retensi urea di dalam darah bukanlah penyebab utama gejala gagal ginjal, bahkan binatang ujian yang diberi banyak urea secara intravena (suntikan), tidak menunjukkan gejala-gejala uremia. Sila teruskan pembacaan di sini...  

Namun begitu, pada peringkat mana sekalipun tahap penyakit, menguasai pengetahuan adalah satu kekuatan. Mengetahui gejala penyakit ginjal boleh membantu anda mendapatkan rawatan terbaik sebelum ia menjadi lebih memudaratkan. Jika anda atau seseorang yang anda kenal mempunyai satu atau lebih gejala berikut penyakit ginjal, atau anda bimbang tentang masalah ginjal, jumpalah doktor untuk ujian darah dan air kencing. Ingat, banyak gejala boleh disebabkan oleh alasan lain selain daripada penyakit ginjal itu sendiri. Satu-satunya cara untuk mengetahui penyebab gejala anda adalah dengan menemui doktor.

 

Perubahan pada air kencing
 

Ginjal membuat urin, jadi ketika gagal ginjal, urin boleh berubah. Bagaimana?

  • Anda mungkin selalu bangun malam untuk membuang air kecil.
  • Air kencing berbuih atau bergelembung. Anda selalunya membuang air kecil lebih kerap, atau dalam jumlah yang lebih banyak dari biasa, dengan urin bewarna pucat.
  • Anda mungkin membuang air kecil kurang kerap, atau dalam jumlah yang lebih kecil dari biasanya dengan air kencing berwarna gelap.
  • Air kencing anda mengandungi darah.
  • Anda merasa tekanan atau menghadapi kesulitan buang air kecil. 
Kidney Failure: the Facts100 Questions & Answers About Kidney DialysisI'm Feeling Fine: Kidney Failure is Not the End of Life 

    No comments:

    Post a Comment

    Instant Dedicated Server
    Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.