20 October, 2010

Penggunaan Minyak Kelapa Dara Di dalam Pembuatan CoEnzyme Q10

Coenzyme Q10” atau Co-Q10 adalah sebatian yang ditemui secara semulajadi di pusat penghasilan tenaga sel yang dikenali sebagai mitokondria. Co-Q10 juga juga dikenali sebagai “ubiquinone”. Co-Q10 bertanggung jawab di dalam penghasilan molekul penting yang dikenali sebagai “adenosine triphosphate” (ATP).


ATP berfungsi sebagai sumber tenaga utama sel dan memacu sejumlah proses biologi, termasuk kontraksi otot dan pengeluaran protein. Co-Q10 juga bekerja sebagai antioksidan.


Produk jenama viridian di dalam gambar sebelah ini jelas mencampurkan  minyak kelapa di dalam ramuan Co-Q10 (produk ini dipasarkan secara online oleh portal http://www.echemist.co.uk)


Apa itu Antioksidan? 

Antioksidan adalah zat yang mengikat radikal bebas. Radikal bebas adalah sebatian yang merosakkan atau merubah membran sel, merosakkan DNA, dan bahkan menyebabkan kematian sel. Radikal bebas berlaku secara alami dalam tubuh, tetapi racun (toksid) persekitaran (termasuk sinar ultraviolet, radiasi, merokok, dan pencemaran udara) juga boleh meningkatkan jumlah zarah-zarah perosak ini. Para saintis yakin radikal bebas menyumbang pada proses penuaan, serta perkembangan sejumlah masalah kesihatan, termasuk penyakit jantung dan barah. Antioksidan, seperti Co-Q10, boleh meneutralkan radikal bebas dan dapat mengurangkan atau bahkan membantu mencegah beberapa kerosakan yang disebabkan olehnya. Oleh itu kesan antioksidan daripada Co-Q10 ialah mengurangkan peroksidasi lipid dan membantu vitamin E dalam melindungi membran sel dan lipid seperti kolesterol dari pengoksidaan.

Click here to go to Natural Way Health Website: 



Penghasilan CoQ10 Secara Semulajadi

Co-Q10, secara semulajadi dihasilkan oleh tubuh untuk membantu pertumbuhan sel dan pengeluaran sel-sel baru. Paras Co-Q10 semulajadi pada seseorang cenderung berkurangan sebaik bertambahnya usia. Ada banyak kajian menggunakan Co-Q10 untuk mengubati, mencegah dan melambatkan timbulnya berbagai-bagai jenis  penyakit. 

Coq10 100 100 mg 100 SgelsTruNature Coenzyme CoQ10 100 mg-130 Softgels 


Co-Q10 Buatan

Co-Q10 buatan dibuat dengan menggunakan transformasi bakteria. Kaedah yang sama digunakan untuk menghasilkan banyak suplemen dan ubat-ubatan yang secara semulajadi dihasilkan oleh tubuh, seperti insulin. Enzim dalam tubuh kita, termasuk Co-Q10, disintesis ketika urutan khusus kod-kod DNA untuk enzim diaktifkan.

Dalam proses transformasi bakteria, saintis mula-mula mengasingkan sekuens DNA yang mengekod protein atau enzim Co-Q10. Kod untuk Co-Q10 kemudian dimasukkan ke urutan DNA bakteria. Bakteria yang digunakan dalam proses ini adalah jenis yang tidak mempunyai nukleas, sehingga membuatnya lebih mudah untuk memasukkan kod ke dalam DNA mereka. Bakteria kemudian menetapkan proses seperti yang ditetapkan kod DNA dan menghasilkan Co-Q10. Para saintis mengasingkan bakteria Co-Q10, dan dari situ Co-Q10 dalam bentuk pil atau sofgel dihasilkan.

Pengeluaran sebatian Co-Q10 buatan banyak dilakukan diserata dunia tetapi sedikit sahaja yang benar-benar diyakini. Co-Q10 adalah bahan supplimen ke-3 yang paling banyak terjual di Amerika Syarikat selepas omega-3 dan multivitamin.


PERANAN UTAMA Co-Q10

Sebagai Pelindung Fungsi Jantung

Co-Q10 telah menunjukkan pembaikan klinikal yang signifikan dalam pelbagai jenis penyakit kardiovaskular seperti; kardiomiopati, gagal jantung kongestif, angina, aritmia, mitral valve prolapse, dan hipertensi. Kekurangan Co-Q10 dalam miokardium mungkin menjelaskan banyak perbaikan ini.

Para penyelidik percaya bahawa kesan menguntungkan dari Co-Q10 dalam pencegahan dan rawatan penyakit jantung adalah kerana kemampuannya untuk meningkatkan pengeluaran tenaga dalam sel, menghalang pembentukan darah beku, dan bertindak sebagai antioksidan. Satu kajian klinikal yang penting, misalnya, mendapati bahawa orang yang menerima suplemen Co-Q10 setiap hari dalam masa 3 hari kerana serangan jantung secara signifikan lebih kecil kemungkinannya untuk mengalami serangan jantung berikutnya dan sakit dada. Selain itu, pesakit yang sama cenderung tidak meninggal (mati) karena penyakit jantung berbanding bagi mereka yang tidak menerima suplemen Co-Q10.


Menghasilkan Tenaga (energy)

Peranan Co-Q10 dalam “kitaran kreb” (kreb’s cycle) sangat penting untuk pengeluaran tenaga, keupayaan aerobik, dan prestasi otot. Sukatan pada 60mg/hari selama 4-8 minggu Co-Q10 telah dikesan mampu menunjukkan keupayaan serta menanggung beban kerja pengambilan dan pengangkutan oksigen secara maksimum. Co-Q10 juga telah terbukti bermanfaat dalam kes-kes distrofi otot dan miopati.

TruNature Coenzyme CoQ10 100 mg-130 SoftgelsKirkland CoQ10 Coenzyme 300 mg - 75 Softgels 


Sebagai Antioksidan  

Sebagai antioksidan yang melindungi lipid, Co-Q10 membantu melindungi kolesterol LDL (low density lipoprotein) daripada pengoksidaan. Penyelidikan terkini menunjukkan bahawa hal tersebut juga bermanfaat kepada penderita gangguan neurologi kerana telah didapati bahawa pesakit penyakit Parkinson mengalami penurunan tahap Co-Q10 dalam mitokondria trombosit (platelet mitochondria). Kesan protektif antioksidan Co-Q10 juga telah ditemuii dalam merangsang penyembuhan radang pada usus.


Menyokong Sistem Immunisasi

Sistem imun adalah proses yang sangat bergantung kepada tenaga dan memerlukan banyak nutrisi termasuk Co-Q10 untuk penyelenggaraan. Kajian menunjukkan bahawa Co-Q10 boleh membantu untuk mencegah atau membalikkan (reverse) imunosupresi berkaitan dengan penuaan atau penyakit kronik. Co-Q10 telah menunjukkan kejayaan dalam mengurangkan saiz ketumbuhan (tumor) dan mengurangkan “metastasise”.


Mengatur Bekalan Gula Darah

Tahap CoQ10 di dalam sistem peredaran darah penderita diabetes di dapati secara relatif rendah. Dianggarkan bahawa peranan Q10 dalam rantai pengangkutan elektron boleh mempengaruhi metabolisme karbohidrat. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa dos 120 mg diberikan selama 4-5 bulan menunjukkan penurunan 30% kadar gula darah.


Penyakit gusi dan mulut (Periodontal disease)

Penyembuhan dan perbaikan tisu periodontal memerlukan Co-Q10 dan semasa proses bedah siasat telah mendedahkan penggunaan sedikit sahaja Co-Q10 kepada penyakit periodontal. Penyelidikan telah menggunakan 50mg Co-Q10 kepada pesakit periodontal dan keputusannya menunjukkan hasil yang mengesankan termasuk penyembuhan pasca pembedahan yang luar biasa.


Kesuburan Sperma

Proses pengeluaran dan memeliahara fungsi sperma memerlukan tenaga berkuasa tinggi. Co-Q10 yang diperlukan dalam kitaran kreb untuk proses tersebut. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa sesedikit 10mg Co-Q10 menghasilkan jumlah sperma yang cukup besar dan kadar motiliti pada lelaki subur.

Click here to go to Natural Way Health Website: 

 


Peranan MCT Di Dalam Penyempurnaan CoQ10 Buatan

MCTS berasal dari minyak kelapa dan terdiri daripada rantai karbon 6 hingga 18. Perbezaan antara panjang atau pendek ikatan karbon bererti bahawa mereka dimetabolisme secara berbeza. Tidak seperti asid lemak rantai panjang (LCFA),  MCTS tidak memerlukan enzim pankreas dan cecair empedu untuk diserap. Tanpa melalui peredaran limfatik, MCTS diserap terus ke dalam pembuluh darah dan melewati membran, meringankan (memudahkan) pengangkutan mereka, memacu proses metabolisme dan bioavailabilitas.

Sebagai pengangkut Co-Q10, Co-Q10 adalah nutrisi lemak MCT mudah larut yang bertindak sebagai pembawa sempurna dan memberikan kesan sinergis untuk pengeluaran tenaga dan kecekapan metabolisme.

MCTS juga bertindak dalam mengawal berat badan yang menawarkan kesan thermogenik dan bukannya disimpan, lebih mudah dioksidakan untuk pengeluaran tenaga dan output. Kesan ini disebut "diet-induced thermogenesis".


Rumusan

Biar bagaimana pun canggihnya proses pengeluaran Co-Q10, produk akhir ini masih kurang sempurna jika tidak digandingkan dengan sejenis bahan semulajadi yang dipanggil MCT. Sebelum rahsia MCT sebagai bahan penyerap sempurna ditemui, produk Co-Q10 selalunya diambil (dikonsumsi) sebaik sahaja seseorang selesai mengambil makanan harian (sarapan pagi, makan tengahari atau makan malam). Ini adalah untuk memastikan sistem pencernaan membekalkan lemak yang telah dicernakan yang diperolehi dari makanan, tentulah makanan yang berlemak. Tanpa kehadiran lemak ini Co-Q10 lambat diserap dan pengambilannya akan kurang berkesan.

Jarrow Formulas Q-Absorb Co-Q10, 100mg, 120-Soft GelsTwinLab Ultra CoQ10, 100 mg, Capsules, 60 capsules


Apa akan terjadi jika sekiranya individu yang memerlukan sebatian nutrisi Co-Q10 adalah seorang pengidap diabetes dimana sel-selnya resisten terhadap insulin? Dengan bantuan MCT, nutrisi Co-Q10 akan diangkut terus merentasi dinding membran ke dalam sel-sel mitokondria, dan seterusnya untuk transformasi tenaga.

Minyak Kelapa Dara (MKD) adalah hasil produk alami, telah digunakan oleh datuk nenek kita sejak berkurun-kurun lamanya. 94% hingga 97% kandungan MKD adalah MCT. MCT tersebut terdiri dari kumpulan asid lemak yang mempunyai ikatan karbon dari 6 hingga 18. Tidak seperti lain-lain produk alami, produk MCT masih sukar dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk diklon. Para pengeluar Co-Q10 masih percaya MCT daripada MKDlah yang paling bermutu dan sukar dicari ganti.

No comments:

Post a Comment

Instant Dedicated Server
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.