16 October, 2010

Minyak Kelapa Dara Sebagai Diet Untuk Penderita Penyakit Diabetes dan Hipertensi

Minyak Kelapa Dara Sebagai Diet Untuk Penderita Penyakit Diabetes dan Hipertensi
 

Adalah amat penting untuk memahami bahawa tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh mengundang masalah kesihatan yang sangat serius yang boleh menyebabkan penyakit jantung dan meningkatkan risiko anda mengalami serangan angin ahmar (stroke). Mengikuti rancangan pemakanan atau diet yang sihat, diikuti dengan jadual senaman yang teratur dan mengamalkan teknik-teknik pengurangan stres yang berkesan akan menormalkan tekanan darah pada kebanyakan orang.Silalah tinjau panduan-
panduan di bawah ini, dan melihat untuk mempelajari kaedah-kaedah serta teknik-teknik yang boleh anda amalkan jika anda atau seseorang yang anda kenal menghadapi gejala tekanan darah tinggi. Gejala tekanan darah tinggi merupakan suatu keadaan yang mudah dirawat, tapi jika diabaikan boleh mengundang masalah kepada penderitanya kerana ia boleh mendatangkan ancaman serius terhadap kesihatan seseorang.
 

Diet Harian Dan Tekanan Darah
 

Adakah anda mengamalkan diet tinggi bijirin dan rendah lemak?   

Jika amalan diet anda sedemikian rupa, ia merupakan khabar buruk buat anda. Kebanyakan pakar pemakanan membuat kesimpulan bahawa diet serupa itu merupakan kombinasi diet yang akan meningkatkan risiko penyakit darah tinggi atau hipertensi dan benar-benar boleh mengancam kesihatan anda.


Diet kadar tinggi bijirin menagih penggunaan insulin yang tinggi untuk proses metabolisme tenaga. Jika tubuh anda adalah dalam keadaan sihat, bekalan insulin yang banyak akan terus diolah secara maksima bagi membolehkan sel-sel menukarkan bekalan glukosa menjadi tenaga. Ia tidak menjadi begitu di dalam situasi:-

  • Kekurangan bekalan insulin akibat kegagalan organ pankreas menghasilkannya mengikut permintaan daripada proses metabolisme semasa.
  • Bekalan insulin yang banyak tetapi tidak dapat dimaksimakan penggunaannya oleh sel-sel akibat pertumbuhan sel-sel yang menghalangi penggunaan insulin. Ia dipanggil “insulin resistant”.


Hasil penyelidikan yang diterbitkan pada tahun 1998 di jurnal Diabetes melaporkan bahawa hampir dua per tiga dari subjek ujian yang menghadapi rintangan insulin (IR atau insulin resistant) juga mempunyai tekanan darah tinggi. Rintangan insulin secara langsung dapat diatribusikan sebagai:-
  •  Keadaan paras gula darah (blood sugar) yang tinggi,
  •  Akibat diet terlalu banyak (secara nisbah) memakan bijirin, dan
  •  Jumlah masa mengamalkan senaman yang amat rendah.
Oleh itu, jika anda menghidap penyakit jantung, anda juga mempunyai paras (kadar) gula darah tidak terkawal (tinggi). Ini merupakan dua masalah yang sering berjalan beriringan; sebaik tahap gula darah meningkat, tekanan darah juga meningkat.

Seperti dijelaskan oleh Dr Rosedale, insulin menyimpan magnesium, tetapi jika reseptor insulin anda tidak berupaya mengapai magnesium dan sel-sel anda tumbuh semasa rintangan terhadap insulin terjadi (hasilnya ialah sel-sel yang kurang berupaya memaksimakan pengunaan insulin), tubuh anda tidak akan berupaya menyimpan magnesium, menyebabkan bahan galian itu akan terbuang begitu sahaja, biasanya melalui air kencing. Magnesium disimpan di dalam sel berfungsi mengawal kestabilan otot-otot (tisu-tisu).


Jika tahap magnesium anda terlalu rendah, pembuluh darah akan menyempit (menguncup), otot-otot pembuluh akan menegang, ini akan akan meningkatkan tekanan darah dan merendahkan tahap tenaga anda.




Insulin juga mempengaruhi tekanan darah anda dengan menyebabkan tubuh anda menghalang pengunaan natrium (sodium retention)). Retensi Natrium akan menyebabkan retensi bendalir (air). Bila retensi bendalir meningkat, tekanan darah akan meninggi , dan akhirnya boleh menyebabkan fungsi jantung mengalami kegagalan secara kongestif.
Jika hipertensi anda adalah akibat langsung dari kadar gula yang tidak dapat dikawal, dengan menormalkan kadar gula darah, ia juga akan menormalkan bacaan pada tekanan darah.


Beralih Kepada Diet Tinggi Lemak Dan Protein


Penderita penyakit darah tinggi maupun diabetes terpaksa membataskan amalan diet harian kepada makanan-makanan yang kurang berasaskan bijiran atau makanan-makanan yang tinggi bersumberkan karbohidrat. Ramai pakar-pakar pemakanan mencadangkan penderita penyakit-penyakit di atas beralih kepada diet yang cenderong bersumberkan lemak dan protein. Amalan diet yang sejak 80 tahun dahulu disarankan untuk penderita-penderita penyakit sawan (epilepsy) kini dicuba untuk penderita penyakit diabetes dan darah tinggi. Namun begitu pemilihan sumber makanan berlemak harus dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan memakan terlalu banyak makanan lemak jenis rantai panjang (unsaturated long-chain fatty acids atau PCP) yang tidak tepu.



Advertisement: Diabetes Care

Kesilapan memilih makanan jenis berlemak ini akan mengundangkan risiko lain. Diet tinggi LCP tidak banyak bezanya dengan diet tinggi karbohidrat kerana insulin masih diperlukan bagi memecahkan sumber makanan ini kepada tenaga. Makanan lemak yang telah dihadamkan akan diangkut oleh pengangkut khas disebut sel “adipus” dan diedarkan keseluruh tubuh. Sekiranya penderita diabetes dan darah tinggi mengalami komplikasi halangan sel terhadap insulin, menukar jenis diet daripada tinggi kadar karbohidrat kepada tinggi kadar lemak / protin tidak akan memberi apa-apa makna. Kesudahannya lemak yang diangkut oleh sel adipus akan terlekat serta tersimpan di seluruh tubuh khususnya dibawah kulit dan saluran darah. Pemendapan lemak yang berterusan pada saluran darah khususnya di bahagian jantung boleh mengundang risiko kepada organ-organ penting tubuh seperti hati, limpa, jantung, buah pinggang dan lain-lain.


Bagi Penderita Diabetes dan Hipertensi Hanya Ada Satu Pilihan Sahaja
Beralih kepada diet berasaskan lemak memberi peluang kepada penderita penyakit diabetes dan penyakit jantung menimbangkan untuk memilih lemak jenis rantai sedang tepu (saturated medium-chains fatty acids atau MCT). Lemak-lemak ini boleh terdiri daripada kelompok lemak yang dikenali daripada pecahan karbonnya, iaitu daripada kelompok karbon nombor 6 hingga nombor 18.


Lemak kategori di atas tidak menggunakan perkhidmatan insulin atau lain-lain enzim tubuh untuk ditukarkan menjadi tenaga. Sebaik sahaja sistem pencernaan mencerna sumber makanan tersebut, ia akan terus menembusi dinding pembuluh darah, disebarkan ke seluruh sistem peredaran darah dan digapai oleh sel-sel secara langsung. Sel-sel sihat maupun yang resistant terhadap insulin atau yang hampir mati terus mendapat semula suntikan tenaga. Hasilnya:-

  1. Sel-sel akan segar semula secara sertamerta. Sel-sel yang segar dan bertenaga akan menyegarkan semula tisu-tisu serta organ tubuh,
  2. Samada tubuh kekurangan bekalan insulin atau sel resistant terhadap insulin sudah tidak penting lagi kepada sistem metabolisme tubuh,
  3. Selagi ada bekalan tenaga berasaskan karbohidrat, sistem metabolisme akan terus memaksimakan sumber insulin,
  4. Kehadiran MCT membantu sel-sel yang resistant terhadap insulin kembali normal (reverse kepada keadaan normal),
  5. Organ hati kurang menerima bebanan untuk pengeluaran enzim tambahan bagi pemecahan lemak. Ini memberi ruang kepada organ hati mengalami proses pemulihan.
  6.  Organ hati berperanan memecahkan sumber lemak kepada tenaga ketone sebagai bekalan tenaga alternatif kepada otak. Organ hati lebih mudah menukarkan MCT kepada tenaga ketone berbanding LCT simpanan tubuh. Sekiranya otak sebelum ini mengalami gangguan bekalan tenaga akibat halangan insulin, tenaga ketone akan memintas halangan ini dan organ otak akan mendapat bekalan tenaga secara terus menerus walaupun bekalan glukosa terhenti. Ini memberi manfaat besar kepada penderita penyakit degeneratif seperti parkinson dan alzheimer.

No comments:

Post a Comment

Instant Dedicated Server
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.