Menurut sebuah laporan di Science Daily, yang memetik hasil kajian diterbitkan dalam sebuah artikel di Perspektif Kesihatan Persekitaran, sebuah kajian baru menunjukkan bahawa kanak-kanak di Kanada terdedah kepada mangan (manganese) konsentrasi tinggi dalam air minum yang boleh
mendatangkan risiko buruk pada ujian fungsi intelektual berbanding dengan kanak-kanak yang mendapat pendedahan yang rendah.
Mangan secara semulajadi hadir di dalam tanah dan air bawah tanah di seluruh dunia. Sebahagian dari air bawah tanah di Kanada mengandungi jumlah sangat tinggi, dan ini memberi kesempatan kepada para penyelidik menguji hipotesis apakah mangan yang berlebihan boleh menjejaskan kesihatan manusia.

Kebaikan Mangan
Kebaikan mangan ialah ia mempromosikan pertumbuhan dan perkembangan normal, membantu enzim menghasilkan tenaga, membantu dalam metabolisme karbohidrat, membantu dalam pembentukan tisu, dan terlibat dalam membantu proses antioxidation.
Kemungkinan kesan sampingan tambahan termasuk mengurangkan gejala asma, meningkatkan kesuburan, dan mungkin mempromosikan pengangkutan glukosa.
Tetapi awas, mangan yang hadir secara berlebihan pula boleh mendatangkan kesan yang memudaratkan khususnya dikalangan kanak-kanak. "Kami mendapati defisit yang signifikan dalam “intelligence quotient” (IQ) anak-anak terkena pendedahan konsentrasi mangan dalam air minum," kata ketua penyelidik Maryse Bouchard.
Namun, beberapa kawasan di mana kanak-kanak yang mempunyai IQ lebih rendah dilaporkan juga tinggal di kawasan dimana kandungan mangan tidak melebihi garis panduan yang ditetapkan. Hasil daripada penerbitan kajian ini, beberapa pihak berkuasa tempatan di sana berusaha memasang sistem penapis khas kepada bekalan air penduduk mereka.
Search Amazon.com for manganese filter:
Apa Komen Dr Mercola…

Anda mungkin tahu bahawa mangan merupakan nutrisi penting, tetapi apakah anda menyedari bahawa bila dikonsumsi secara berlebihan, mangan menjadi racun saraf yang amat berbahaya?
Kajian ke atas pelombong bijih besi dan pekerja-pekerja pertukangan besi misalnya, menunjukkan bahawa pendedahan berlebihan terhadap mangan boleh menyebabkan keracunan mangan, risiko meningkatnya penyakit Parkinson dan Wilson.
Mangan wujud secara semulajadi di dalam tanah. Oleh itu logam ini mudah menyerap ke dalam air bawah tanah. Oleh kerana itu beberapa orang yang meminum air perigi boleh terdedah kepada mangan yang lebih tinggi secara semulajadi.
Sumber Mangan Selain Daripada Melalui Air
Tapi ada sumber lain mangan dimana ramai orang benar-benar tidak menyedarinya, yang mungkin lebih menonjol daripada mangan yang wujud dari tanah, iaitu “susu soya formula untuk bayi” (soy infant formula)! Kajian terbaru ini juga menegaskan, konsentrasi tinggi mangan, seperti yang ditemui dalam susu formula soya, boleh menyebabkan kerosakan otak pada bayi dan kerosakan ini akan membawanya sehingga ke alam remaja.
Search Amazon.com for breastfeeding:
Susu formula soya untuk bayi sering digunakan ketika bayi alergi terhadap susu. Ramai ibu bapa yakin susu formula soya adalah pilihan pengganti terbaik. Kenyataannya, tanggapan itu dibuktikan jauh meleset, kerana formula susu soya boleh dianggap salah satu produk makanan yang paling berbahaya di pasaran.
Dr Mercola mengesyorkan sebaik-baiknya ialah pemberian susu ibu kepada bayi, tapi jika anda tidak boleh, sila mendidik diri sendiri (berhati-hati) tentang bahaya dari susu formula soya!
Ini adalah satu isu yang penting kerana begitu banyak ibu akhirnya menggunakan rumusan susu formula soya sebagai pengganti penyusuan atau selepas menyusukan bayi untuk suatu waktu yang singkat, tanpa menyedari betapa buruk susu tersebut terhadap kesihatan bayi mereka.
Dr Mercola telah lama menyedari perkara ini. Beliau dan pasukannya sedang meneliti formulasi terbaik untuk susu bayi, khususnya kepada ramai ibu-ibu yang tidak berupaya menyusukan sendiri bayi mereka.
Kepekatan Kandungan Mangan Di dalam Susu Soya Formula Bayi
Para penyelidik telah mendapati bahawa tanaman soya menyerap mangan dari tanah dan berada didalam kacang soya pada kepadatan yang tinggi (mangan per million), sehinggakan kewujudannya dalam susu formula berasaskan soya boleh mengakibatkan sebanyak 200 kali berbanding yang ditemui dalam susu ibu. Kepekatan yang tinggi tersebut boleh mendatangkan malapetaka pada sistem metabolisme bayi yang masih belum begitu sempurna.
Sekiranya dalam keadaan darurat dimana pemberian susu soya untuk bayi tidak dapat dielakkan, ia adalah sekadar untuk kesinambungan nyawa sahaja, tetapi hendaklah dihentikan sekiranya pilihan lain tersedia.
Dalam kajian yang dilaporkan oleh Science Daily, peneliti mendapati bahawa kepekatan yang lebih tinggi mangan dalam air tanah secara signifikan menurunkan IQ kanak-kanak yang meminumnya, walaupun tahap kepekatan berada di bawah garis panduan semasa.
Sebanyak 362 kanak-kanak, berusia enam hingga 13 tahun, tinggal di rumah dengan telaga individu atau awam diperiksa untuk menguji kognisi, kemahiran motor dan perilaku.
"Rata-rata IQ kanak-kanak yang keluarganya mendapat sumber air yang mengandungi sekitar 20% konsentrasi mangan mempunyai 6 mata lebih rendah berbanding dengan kanak-kanak membesar daripada sumber air yang mengandungi sedikit atau tiada langsung mangan.
Keputusan analisis hubungan antara mangan dalam air paip dan IQ kanak-kanak mengambil kira pelbagai faktor seperti pendapatan keluarga, kecerdasan ibu, pendidikan ibu, dan adanya logam yang lain di dalam air.
Rakan penulis Maryse Bouchard, Donna Mergler menambah, "Ini adalah kesan yang sangat menonjol; pencemaran alam sekitar seperti mangan telah menunjukkan korelasi yang kuat dengan penurunan kemampuan intelektual."
Para penulis menyatakan bahawa perbezaan jumlah mangan hadir dalam makanan tidak menunjukkan hubungan dengan IQ kanak-kanak. "
Mangan Bercampur Dengan Air Berflourida Amat Berbahaya
Seakan itu tidak cukup buruk, ada beberapa faktor lain yang membuat formula soya pilihan bahkan lebih berbahaya. Salah satu faktor tersebut adalah kenyataan bahawa fluoride dapat meningkatkan penyerapan mangan, jadi jika anda mencampurkan serbuk formula soya dengan air paip berflourida, anda memburukkan risiko itu lebih jauh!
Fluorida dan mangan berinteraksi dalam beberapa cara melalui berbagai jalur.
Sebagai contoh, fluorida boleh menyebabkan defisiensi zing, yang akibatnya dapat menyebabkan kerosakan otak, kerana defisiensi zing merubah tahap mangan.
Search Amazon.com for breastfeeding pillow:
Hal ini kerana fluorida bertindak sebagai analog TSH (thyroid-stimulating-hormon), dan bersama-sama dengan iodin, zing dan selenium juga dikendalikan oleh TSH. Dan ketika anda sedang kekurangan zing, kadar mangan di otak anda juga akan berubah.
Lain-lain Bahaya Terhadap Kesihatan Daripada Formula Soya
Isu lain yang penting adalah estrogen dalam soya. Bayi yang memakan soya menerima lebih kurang sama dengan 5 biji pil perancang (estrogen) setiap hari! Peringkat isoflavon ini bayi akan menjadi antara 13,000 hingga 22,000 kali lebih tinggi berbanding bayi yang tidak diberi makan soya.
Soya yang tidak diperam bukanlah pilihan sihat bagi siapa pun, tapi ketika anda memberi makan soya kepada bayi, anda benar-benar telah membuka risiko beberapa masalah kesihatan kepadanya.
Dr Kaayla Daniel, penulis The Whole Soy Story, menunjukkan ribuan kajian yang membuktikan hubungan antara kacang soya dengan penyakit kekurangan gizi, kesulitan pencernaan, kerosakan sistem kekebalan, kegagalan fungsi tairod, penurunan kognitif, gangguan kesuburan dan barah, bahkan penyakit jantung.
Banyak cara kacang soya boleh merosakkan kesihatan anda – khususnya bayi anda, jika anda memberi mereka makan formula soya - sila tinjau laporan terbaru ini.
Ini juga diperhatikan bahawa sekurang-kurangnya 91 peratus daripada soya yang ditanam di AS melalui adaptasi kejuruteraan genetik (GE), dan ini juga boleh mempunyai kesan kesihatan yang serius.
Tidak hanya soya sarat dengan racun perosak toksik, tanaman juga mengandungi gen dari bakteria yang menghasilkan protein yang belum pernah menjadi sebahagian daripada bekalan makanan manusia. Oleh kerana itu, soya GE telah dikaitkan dengan peningkatan alergi.
Perhatian.. kajian pemakanan yang baru diterbitkan melaporkan, makanan transgenik yang dimasukkan (dipindahkan) dari soya GE ke dalam DNA bakteria usus kita akan terus menerus berfungsi. Ini bermakna bahawa beberapa tahun selepas anda berhenti makan soya GE, anda masih mungkin mempunyai protein yang berpotensi alergi terus menerus dihasilkan di usus anda.
Search Amazon.com for breastfeeding pillow:
Bahkan lebih menakutkan adalah potensi soya GE menyebabkan ketidak-suburan pada generasi akan datang, yang telah dibuktikan oleh kajian di Rusia baru-baru ini.
Formula berasaskan soya juga biasanya termasuk tepung maizena, hidrolisat tepung jagung (ingat, setiap derivatif jagung juga berkaitan dengan GE), tepung tapioka, atau sukrosa bukan laktosa.
Tahukah anda bahawa susu formula yang sebenarnya mengandungi paras gula LEBIH dari minuman tin bersoda? Bolehkah anda benar-benar merasa tenteram memberikan bayi anda yang baru lahir satu tin air bersoda setiap hari? Oleh itu hindarkanlah susu tepong soya formula bayi sebelum lebih banyak mudarat akan anda alami.
Yang menghairankan, bagaimana susu soya formula bayi boleh begitu berleluasa berada di pasaran meskipun banyak kajian memaparkan keburukannya.
Manfaat Susu Ibu, Alternatif Yang Lebih Menyihatkan
Salah satu karuniaan terbaik yang boleh anda berikan kepada anak anda untuk memulakan hidup mereka ialah dengan menyediakan dasar gizi yang baik, dan cara terbaik untuk melakukan ini adalah dengan menyusukannya. Bahkan, statistik menunjukkan hubungan yang jelas antara bayi yang diberi susu formula buatan dan peningkatan kematian bayi dalam tahun pertama.
Sangat penting untuk menyedari bahawa sekurang-kurangnya ada 400 nutrisi dalam susu ibu yang TIDAK dijumpai dalam susu formula.Tentu saja, bila ibu yang baru melahirkan anak sihat, susunya akan sihat juga.
Sementara itu, ingatlah setiap kali susuan ibu lebih baik daripada tidak menyusukan sama sekali, itu jelas untuk keuntungan anda, dan terbaik untuk kesihatan bayi anda. Untuk penyusuan secara eksklusif, minima selama 6 bulan pertama. Kemudian, pada usia 6 atau 9 bulan, anda boleh mula untuk melengkapkan dengan makanan padat (saat masih terus menyusui juga).
Antara beberapa kebaikan susu ibu kepada bayi adalah seperti berikut:-
Antara beberapa kebaikan susu ibu kepada bayi adalah seperti berikut:-
- Menurunkan risiko dari saluran pernafasan dan jangkitan dalam telinga,
- Menurunkan risiko eksim (eczema),
- Menurunkan risiko obesiti,
- Perlindungan terhadap penyakit jantung, diabetes, asma, dan alergi, dan
- Meningkatkan fungsi otak dan fungsi sistem kekebalan tubuh.
Bagi ibu-ibu yang menyusukan pula, manfaat utama utama adalah mengurangkan risiko penyakit kronik seperti barah, lebih cepat kembali ke berat badan sebelum kehamilan, dan meningkatkan ikatan antara anda dan bayi anda.
Banyak faktor perubatan tertentu yang boleh menghalang wanita dari menyusukan bayi mereka, namun majoriti wanita dapat menyusukan anak mereka dengan sukses. Jika anda perlu bantuan, hubungi perunding laktasi di kawasan anda untuk tips dan sokongan.
Jika kerana alasan tertentu ibu-ibu tidak dapat menyusukan bayi, atau anda telah mengambil bayi angkat, pilihan terbaik anda adalah dengan membuat formula bayi sihat dengan susu mentah.
Seperti yang diterangkan oleh Dr Mercola di awal artikel ini, beliau dalam proses menghasilkan susu formula terbaik di pasaran. Kita tunggu apakah formula terbaik beliau yang dijangka akan berada dalam pasaran sedikit masa lagi.
Melindungi Anak Anda Dari Pendedahan Mangan Berlebihan
Pertama dan terpenting, jangan berikan anak anda soya formula atau makanan lain soya yang tidak diperam (unfermented). Jika mangan ada dalam air perigi anda (bekalan minuman anda) kaedah yang terbaik adalah dengan menggunakan sistem penapisan berkualiti tinggi, menggunakan karbon aktif. Karbon aktif (activated carbon) yang dicipta berupaya memberikan sistem penapisan terbaik, selesa, nyaman, dan paling penting ia mudah digunakan untuk memurnikan air minum anda.
Sebuah sistem yang baik mungkin akan terdiri dari beberapa penapis “cartridge”, yang pertama untuk melindungi karbon dari bahan enap-cemar yang lebih besar di dalam air, danyang lainnya mengandungi karbon yang direka untuk menghapuskan “trihalomethanes” - disinfeksi produk sampingan berbahaya. Beberapa sistem juga mengandungi cadangan karbon penapis untuk memastikan bahawa semua bahan enap-cemar telah ditapis.
Jika sekiranya anda was-was anak anda telah mendapat / terkena pendedahan mangan yang tinggi, ikhtiarkanlah dengan mendapatkan supplimen-supplimen seperti vitamin dan nutrisi antioksidan. Menggunakan / meminum minyak kelapa dara (MKD) juga boleh membantu kerana ia kaya dengan antioksidan semulajadi.
Walaupun benar-benar pasti anak-anak anda tidak mengalami pencemaran mangan, apa salahnya menyimpan satu botol MKD di rumah untuk perlindungan bukan sahaja daripada pencemaran mangan, tetapi juga lain-lain pencemaran radikal bebas. Ancaman radikal bebas merupakan sesuatu diluar kawalan kita. Bak kata orang tua-tua, "sediakan payung sebelum hujan...".

No comments:
Post a Comment