14 September, 2010

DIY Rawatan Minyak Panas Untuk Rambut Dengan MCTs Biofiesta

Inginkan penyelesaian yang pantas dan mudah untuk masalah rambut kering dan rosak? Jika anda memiliki rambut yang kusut masai, tiada vitaliti dan kelembapan, dan ingin untuk mengalami sendiri kehebatan kuasa transformasi penjagaan rambut dengan rawatan minyak hanya dari dapur rumah anda, ikutilah penerangan yang akan saya paparkan di ruangan ini. Tidak perlu pergi ke kedai ubat dan membeli pakej ubatan yang mahal. Anda hanya perlu
menyediakan sebahagian ramuan sahaja dan sebahagian lagi telah sedia ada di dapur anda.


Perawatan DIY Minyak Panas di rumah mampu mengembalikan semula vitaliti rambut, menjimatkan kos dan masa. Tambahan lagi anda boleh melakukannya bila-bila masa sahaja yang anda mahu.  

Purata pusat-pusat pendandan rambut mengenakan bayaran antara RM5.00 hingga RM35.00 untuk sekali rawatan.


Untuk rawatan rambut yang hebat, ada pihak mendakwa tiada pengganti selain mengunakan minyak zaitun atau minyak canola. Kini ramai yang mula beralih menggunakan minyak kelapa dara untuk mendapatkan rambut yang bersinar, berseri-seri dan menawan. Ada yang berpendapat menggunakan ramuan daripada minyak kelapa dara akan mendatangkan hasil yang lebih menakjubkan.

Pure Paws Oatmeal & Aloe Vera Shampoo-16 ozBetter Living Products Clear Choice Dispenser Three Chamber Shower Dispenser, WhiteBetter Living The Dispenser Classic 4 Chamber 

Ada tiga cara pilihan yang boleh anda lakukan sendiri bagi mendapatkan seri rambut yang santik lagi menawan. 


CARA 1:


Apa Yang Perlu Anda Sediakan

  • 1 biji mangkuk kaca sekitar 4" garis pusat
  • 1 biji mangkuk kaca sekitar 8" garis pusat
  • 500ml air yang baru mendidih
  • 3 sudu makan MKD Biofiesta


Langkah-langkah Menyediakan DIY Minyak Panas
  1. Tuangkan 3 sudu makan MKD Biofiesta (MCTs atau MKD digunakan saling menggnti kerana kedua-duanya memberi maksud yang sama) ke dalam mangkuk kaca 4" garis pusat (gelas bekas kaca yang rendah berpermukaan lebar adalah disyorkan)
  2. Sediakan air yang baru mendidih ke dalam mangkuk kaca 8" garis pusat .
  3. Letakkan bekas kaca yang mengandungi MCTs Biofiesta ke dalam takungan tersebut (seperti arahan no. 2), elakkan bekas ini dari tenggelam atau dimasuki air. Biarkan sekitar 10 minit. Sekiranya anda mempunyai oven gelombang mikro, anda boleh menggunakannya dengan melaraskan ke suhu sederhana, panaskan oven sekitar 10 saat, masukkan bekas berisi MCTs Biofiesta dan ovenkan sekitar 8 – 10 saat. Pastikan minyak tidak terlalu panas (membakar) sebelum membuat sapuan pada rambut.
  4. Angkat gelas kaca tersebut dan sapukan minyak ke helaian rambut dan ratakan. Jika masalah rambut agak serius, sapukan sekali ke kulit kepala dan gosok rata-rata.
  5. Tutup dengan penutup rambut (biasanya di perbuat daripada plastik) sekitar 30 minit.
  6. Cuci rambut dengan shampoo yang selalu anda gunakan. Tidak perlu menggunakan perapi kerana rawatan ini sudah mencukupi untuk mendapatkan rambut yang cantik.
  7. Ulangi amalan ini 3 kali dalam seminggu, dan lihatlah kilauan serta seri rambut anda selepas itu.
Better Living AVIVA Three Chamber Dispenser, ChromeBetter Living Products Dispenser Shower Caddy, Four Chamber Dispenser and Caddy, WhiteBetter Living Products Clear Choice Dispenser IV Four Chamber Shower Dispenser, White 

CARA 2:

Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, campurkan ½ cawan kecil mayonis, 2 sdu makan MCTs Biofiesta dan 2 biji kuning telur. Adun ketiga-tiga campuran ke dalam bekas yang diletakan dalam takungan air suam. Elakkan menggunakan air terlalu panas untuk mengelakkan kuning telur “masak”. Kuning telur yang terlalu masak akan menimbulkan masalah kepada anda bila mencuci nanti. Sapukan adunan yang sedang hangat pada helaian rambut dan tutup dengan penutup rambut, biarkan sekitar 30 minit. Cuci rambut dengan shampoo kebiasaan anda.
 

CARA 3:

Menggunakan “yogurt” dicampur dengan krim avocado dan MCTs Biofiesta juga boleh menghasikkan seri rambut yang menawan. Masalahnya dua ramuan pertama agak sukar disediakan kecuali anda melakukan persediaan awal membeli bahan-bahan tersebut terlebih dahulu.

Selamat mencuba…

Pureology Anti-Fade Complex Hydrate Shampoo, 33.8-Ounce BottlePureology Hydrate Shampoo 10.1 oz and Hydrate Condition 8.5 oz duoBiolage Color Care Shampoo and Conditioner Liter Set (33.8 Oz)

No comments:

Post a Comment

Instant Dedicated Server
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.