15 December, 2011

10 Cara MKD Memberi Manfaat Kepada Anda

Minyak Kelapa Dara (MKD) adalah minyak berkhasiat yang dihasilkan melalui kaedah bio-teknologi. Melalui kaedah pemprosesan ini khasiat luar biasa minyak kelapa terjaga utuh dan dilaporkan boleh membantu memulihkan lebih 40 jenis masalah kesihatan manusia. MKD diketahui berupaya memberi manfaat kepada kesihatan tubuh melalui berbagai-bagai cara iaitu:- 



Pertama:

Digunakan terus seperti diminum begitu sahaja atau dicampur dengan makanan lain (seperti bijirin sarapan pagi) atau dicampurkan di dalam adunan makanan seperti persediaan salad, pecal, kerabu dan lain-lain. 


Kedua:

Digunakan sebagai minyak untuk menumis atau mengoreng. Minyak ini cukup harum dan tidak mudak hangus (berubah warna) terutamanya jika digunakan untuk mengoreng. MKD mampu bertahan pada suhu yang lebih panas berbanding dengan minyak-minyak masak yang lain, dan dalam amalan mengoreng yang biasa ia tidak mudah teroksida.


Ketiga:

Sebagai bahan untuk Rawatan Minyak (oil therapy). Kerana sifatnya yang dikategorikan sebagai 'broad spectrum gemicide',MKD  mengatasi lain-lain jenis minyak makan sebagai bahan rawatan minyak. Penjelasan mengenai kaedah Rawatan Minyak penulis sediakan khusus di sini



Keempat:

MKD amat sesuai digunakan sebagai bahan campuran untuk program pembersihan hati (liver cleansing) bersama dengan lain-lain bahan seperti kuning telur dan lemon. Penjelasan topik pembersihan hati akan penulis sediakan di ruang yang lain.


Kelima:

MKD juga sesuai digunakan sebagai minyak untuk mengurut. MKD mudah meresap ke dalam kulit, dan jika digunakan secara berterusan boleh menghaluskan kulit. Ramai wanita dewasa ini menggunakan MKD sebagai lapisan pertama dandanan muka. Bagi mereka yang bimbang muka akan berminyak, sebaiknya disapu pada malam hari sebelum tidur. Amalan ini akan menjadikan kulit muka halus dan menghilangkan kedutan. 




Keenam:

MKD digunakan sebagai rawatan untuk mencantikkan serta menyuburkan rambut. Ada testimoni yang memberitahu MKD boleh menghitamkan semula rambut. Penulis mendapati pengunjung-pengunjung blog ini amat gemar mengunjungi post yang berkaitan dengan perawatan rambut.


Ketujuh:

Ramai juga pengguna-pengguna MKD menggunakannya sebagai rawatan bantu mula (first aid) daripada kecederaan, gigitan serangga, pijar kulit, calar kulit atau merawat rekahan kulit terutama di bahagian perut bagi wanita selepas bersalin. MKD boleh terus disapu pada luka untuk penyembuhan luka yang pantas dan menghalang jangkitan kuman akibat luka yang terbuka /terdedah.  


Kelapan:

Pernah dilaporkan MKD berkhasiat menyembuhkan berbagai-bagai jenis penyakit kelamin (lelaki dan perempuan) samada digunakan secara diminum atau sebagai sapuan. Ada juga dilaporkan wanita yang menghadapi masalah keputihan dan senggugut pulih selepas menggunakan MKD.


Kesembilan:  

Pernah juga dilaporkan bahawa MKD sesuai dugunakan sebagai pelincir dalam hubungan kelamin mengatasi kebaikan penggunaan pelincir daripada bahan petrolium. Penggunaan MKD tidak mempunyai kesan sampingan. MKD juga dipercayai boleh membantu mencegah jangkitan penyakit kelamin dan membantu 'revitalize' anggota sulit wanita lepas berkahwin (juga selepas melahirkan anak).




Kesepuluh:

Bagi anda yang berminat melakukan kerja-kerja membaik pulih perkakasan rumah, MKD dilaporkan amat sesuai digunakan sebagai pelapis lindung karat khususnya perkakasan yang diperbuat daripada besi seperti pisau, gunting dan sebagainya. MKD juga sesuai digunakan sebagai pelapis cegah geseran seperti pada ensel pintu dan sebagainya.

Bagi anda yang pernah menggunakan MKD, anda mungkin mempunyai pengalaman tersendiri tentang kebaikan MKD. Silalah kongsikan pengalaman anda di ruangan ini untuk manfaat kita bersama.....


No comments:

Post a Comment

Instant Dedicated Server
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.