(Khususnya dalam merawat kanser payu dara)
PENGENALAN
|
Pokok Ulam Raja |
Bila kita sebut sahaja pucuk ulam raja, tumbuhan ini sudah tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu. Sudah tentu dengan panggilan “ulam raja” ia pastinya ulam atau salad yang cukup istemewa di dalam diet harian datuk nenek kita dahulu. Oleh kerana kurangnya pengetahuan saintifik pada masa itu, keistimewaan pucuk raja sukar diyakinkan kepada generasi muda. Ulam raja biasa dimakan mentah dicecah dengan sambal belacan, sambal tempoyak, budu dan sebagainya.